Tazkirah Ustaz Azahari di CICT 11.9.13

 

Dari Abdurrahman bin Shakr, Abu Hurairah r.a., dia berkata: Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
“Tiga perkara penyelamat, tiga faktor perosak, tiga darjat dan tiga kafarat (penebus dosa). Adapun tiga faktor penyelamat adalah: Takwa kepada Allah SWT dalam kesunyian ataupun di tempat umum, sederhana sama ada dalam keadaan fakir atau kaya dan bersikap adil diwaktu rela ataupun ketika marah. Tiga faktor perosak adalah: Terlalu bakhil dan kedekut, tunduk kepada hawa nafsu dan membanggakan diri sendiri (ujub). Dan tiga perkara dapat mengangkat darjat adalah: Mengucapkan salam, memberi makan dan solat malam ketika orang-orang sedang tidur. Adapun tigak faktor penebus dosa (kafarat) adalah: Menyempurnakan wuduk dalam keadaan cuaca dingin, melangkah kaki menuju solat berjemaah, dan menunggu solat berikutnya setelah solat dilakukan.”

Huraian hadith:

Yang dimaksudkan penyelamat ialah selamat dari siksaan Allah, iaitu dengan:
1. melaksanakan perintah-perintah Allah dan meninggalkan segala larangannya
2. berbelanja mengikut kemampuan dan tanpa membazir
3. jujur secara berterusan

Leave a Reply

Your email address will not be published.