Tazkirah Ustazah Shaharina di CICT UTM 02.10.13

Tafsir Surah An-Nas

–         Surah Makiyah

–         Surah pelindung (muawwizataini)

–         Surah ini menerangkan betapa perlunya manusia kepada Allah sebagai pelindung daripada kejahatan syaitan.  Semua orang ada pendamping iaitu Qarin.  Syaitan itu mengalir dalam tubuh anak Adam seperti mengalirnya darah.  Syaitan sentiasa membisikkan kejahatan dalam tubuh kita.

–         Allahlah pelindung mutlak/hakiki.

–         Dalam 3 ayat pertama surah ini, Allah memperkenalkan diriNya.

–         Rab bererti tuhan yang memelihara dan menguasai manusia.  Hati kita adalah milik Allah.  Segala apa yang ada pada kita adalah pinjaman daripada Allah swt.

Ayat #1: Katakanlah wahai Muhammad, aku berlindung dgn tuhan manusia

Ayat#2: Raja segala manusia

Ayat#3: Tuhan yang disembah oleh manusia

Untuk mendapatkan perlindungan Allah swt,kita mesti yakin dengan ketiga2 ayat di atas ini.

– Syaitan itu diibaratkan seperti duduk bercangkung dalam hati kita.  Setiap kali kita mengingati Allah, dia akan bersembunyi.  Dia keluar apabila kita lalai daripada mengingati Allah swt.

– Jika berlaku sesuatu buruk kepada kita, jangan mencela syaitan kerana ini akan membuatnya semakin bangga.  Sepatutnya kita hendaklah menyebut nama Allah supaya syaitan merasa takut.

– 3 ayatterakhir menceritakan kejahatan syaitan

Ayat #4:Syaitan menggoda secara berbisik dan sifatnya ialah bersembunyi

Ayat#5: Syaitan membisik ke dalam hati manusia

Ayat#6: Syaitan adalah di kalangan jin dan manusia

– Diantarakelebihan surah An-Nas ialah:

1.       Memberi kita perlindungan terutama sebelum tidur

2.       Bagi kaum wanita, baca 1000x.  Ayat ini akan menjadi ayat pengasih, dengan izin Allah.

3.       Allah izinkan syaitan goda manusia untuk menguji kita.  Allah berikan dua permintaan syaitan iaitu dipanjangkan umur hingga hari kiamat dan menyesatkan manusia, kerana Allah tahu hamba-hamba yang beriman tidak akan tergoda. Hamba-hamba yang mencintaiNya sentiasa mengigatiNya.  Mereka sentiasa beristighfar semasa sedih,dan syaitan tidak dapat mengganggu mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *