Monthly Archives: October 2017

PEMBUKAAN PERMOHONAN – GERAN UNIVERSITI PENYELIDIKAN (GUP) TIER 1 & TIER 2 FASA 1/2018

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Kepada semua Penyelidik

Pembukaan permohonan – Geran Universiti Penyelidikan (GUP) Tier 1 & Tier 2 Fasa 1/2018

Dimaklumkan permohonan bagi Geran Universiti Penyelidikan (GUP) Tier 1 dan Tier 2 Fasa 1/2018 telah dibuka. Tempoh permohonan adalah pada1 hingga 31 Oktober 2017.

 Semua permohonan perlu dihantar secara atas talian melalui sistem RADIS https://radis.utm.my sebelum 31 Oktober 2017 (Selasa)

Kriteria :

 Tier 1

Kriteria permohonan adalah seperti berikut :

·         Pemohon mestilah terdiri daripada staf akademik tetap atau kontrak UTM.
·         Bilangan minimum keahlian dalam projek penyelidikan ini adalah DUA (2) orang staf akademik termasuk Ketua Projek.
·         Peruntukan maksimum RM 50,000.00 (S&T) & RM30,000.00 (Non S&T)
·         Permohonan perlu  berkonsepkan  penyelesaian  masalah  industry/komuniti/agensi kerajaan.
·         Pemohon perlu menyertakan bukti kolaborasi seperti surat atau email rasmi setuju kerjasama daripada rakan industri/komuniti/agensi kerajaan/antara bangsa.
·         Rakan industri/komuniti/agensi kerajaan/antarabangsa digalakkan untuk memberi sumbangan berbentuk tunai atau ‘in-kind’.
·         Tarikh mula projek pada  1 Februari 2018
·         Tempoh projek : 24 bulan, pelanjutan tempoh hanya dibenarkan sekali sahaja sepanjang tempoh projek


Tier 2

Kriteria permohonan adalah seperti berikut :

·         Pemohon mestilah terdiri daripada staf akademik tetap atau kontrak UTM.
·         Bilangan minimum keahlian dalam projek penyelidikan ini adalah DUA (2) orang staf akademik termasuk Ketua Projek.
·         Peruntukan maksimum bagi RM20,000.00 (S&T) & RM10,000.00 (Non S&T)
·         Pemohon mestilah terdiri daripada staf akademik UTM (tetap & kontrak) yang TIDAK mempunyai geran aktif pada tahun semasa (Ketua Penyelidik baru).
·         Tarikh mula projek pada  1 Februari 2018
·         Tempoh projek : 12 – 15 bulan, pelanjutan tempoh hanya dibenarkan sekali sahaja bagi projek 12 bulan (maksima 3 bulan). Tiada perlanjutan tempoh dibenarkan       bagi projek 15 bulan.

Proses penilaian proposal akan dijalankan secara atas talian melalui sistem RADIS, bermula 8 November hingga 15 Disember 2017. Dalam tempoh ini, penyelidik adalah diminta untuk mengambil perhatian pada sebarang emel daripada RADIS, membuat pembetulan proposal mengikut komen dari panel dan membuat penghantaran semula dalam sistem RADIS.

Bersama-sama ini disertakan garis panduan Tier 1 dan Tier 2 Fasa 1/2018 sebagai rujukan.

Sekian terima kasih,

Hartini binti Darsono
Deputy Registrar
Research Management Centre
UTM, Johor Bahru
Tel: 07-5537837

RMC Portal : http://rmc.utm.my

RMC Facebook : http://www.facebook.com/tmcutm

RADIS : http://radis.utm.my/rmc/

RMC Helpdesk : http://rmconline.utm.my/Helpdesk.html

BIG DATA WEEK BY KNOWLEDGE GROUP 2-8 OKTOBER 2017

ssalammualaikum & Greetings,
 
Dengan hormatnya 

​merujuk ​

kepada perkara di atas dan emel daripada Bahagian Hubungan Industri, Jabatan Pendidikan Tinggi adalah berkaitan.

 
Sukacita dimaklumkan bahawa ‘Knowledge Group’ akan menganjurkan Big Data Week pada 2-8 Oktober 2017 yang akan diadakan di KLCC

​ ​

yang meng

​h​

impunkan pakar-pakar bidang IT dari pelbagai pihak termasuk Google, Facebook dan lain-lain. 

 
Selain daripada itu, satu bengkel percuma akan diadakan pada 4 hingga 6 Oktober 2017 yang dihoskan oleh ADAX, Bangsar dan terbuka kepada kakitangan / pelajar semua IPT.

Perincian mengenai program tersebut boleh diekses melalui www.nextbigtechasia.com/workshops . 
 
Susulan daripada bengkel tersebut terdapat satu program terbuka yang dipanggil Tech Jam akan diadakan pada 7 dan 8 Oktober yang boleh disertai juga dan perician program boleh diakses melalui www.nextbigtechasia.com/techjam
 
Untuk maklumat lanjut berkaitan Big Data Week boleh menghubungi Mr. Vel Muruga di talian 03 – 2170 1588/016 – 482 3528.
Sehubungan itu, pihak YBhg. Prof/ Prof. Madya/ Dr/ Tuan/Puan adalah 

DIJEMPUT HADIR ke bengkel tersebut.
 
Sekian, kerjasama dan keperihatinan pihak YBhg. Prof/ Prof. Madya/ Dr/ Tuan/Puan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih
Pusat Jaringan Komuniti dan Industri | Centre for Community and Industry Network (CCIN)

Taman Tropika, Universiti Teknologi Malaysia, 

81310, Skudai, Johor Bahru, Johor Darul Takzim.

Tel : 07-5537556 / 37884 / 37819   |    Faks    : 07-5537630