9 HARI LAGI! PENGISIAN e-LPPT / e-LNPT 360 / e-LNPT BAGI TAHUN 2016

 

YBhg. Prof./Saudara,

Sukacita dimaklumkan, bermula 1 Disember sehingga 31 Disember 2016, YBhg. Prof./Saudara selaku Pegawai Yang Dinilai (PYD) perlu mengisi pencapaian kerja sebenar tahun 2016 (Sasaran Kerja Tahunan (SKT) / Key Amal Indicator (KAI) ke dalam Sistem Penilaian Prestasi Tahunan (e-LPPT/ e-LNPT 360/ e-LNPT) secara online di SISTEM UTMHR.

  1. Sehubungan dengan itu,  proses melengkapkan pencapaian kerja dan maklumat berkaitan perlu dibuat dalam tempoh yang ditetapkandan YBhg. Prof./Saudara  dinasihatkan supaya mengisi maklumat pada peringkat awal pembukaan bagi mengelakkan berlaku kesesakan pada sistem di saat-saat akhir tempoh pengisian.
  1. Sila ambil maklum bahawa proses menekan butang “hantar” dibenarkan dibuat sepanjang tempoh pengisian PYD di mana PYDdibenarkan membuat pindaan dan menekan semula butang “hantar”. Permohonan “reset” kepada urus setia tidak perlu dilakukan.

Semoga perkara ini berada di dalam perhatian YBhg. Prof./Saudara dan semoga diambil tindakan sewajarnya.

Kerjasama dan keperihatinan semua amatlah dihargai.

Sebarang masalah, sila emel atau hubungi :

e-LPPT:

email : elppt@utm.my (setiap masalah berkaitan elppt perlu diemailkan ke alamat email ini)

  1. Puan Hariyani binti Khalid (urus setia) di talian 07-5530450
  2. Puan Nurrul Ain binti Yaacop (urus setia) di talian 07-5530470

 

e-LNPT / e-LNPT 360 Darjah:

  1. Pn. Saidatul Akmal binti Abdul Hamid (urus setia) di talian 07-5530465
  2. Puan Nurrul Ain binti Yaacop (urus setia) di talian 07-5530470

 

Sekian, terima kasih.

innovative . entrepreneurial . global

Yang benar,

HARIYANI BINTI KHALID

Penolong Pendaftar Kanan (Perkhidmatan)

Bahagian Sumber Manusia

Pejabat Pendaftar

Universiti Teknologi Malaysia

81310 UTM Johor Bahru, Malaysia

 

Office:+ 607-5530450 / Fax : + 607-5561722

Primary Email: hariyani@utm.my | Secondary Email: hariyaniutm@gmail.com | Site: http://www.utm.my/registrar