Jemputan ke Booth “The 1st National Symposium on Sustainable Infrastructure and Engineering” (SustaIN 2015) anjuran UTM RAZAK School pada Rabu 16 Disember 2015

Semua warga kampus UTM Kuala Lumpur (staf dan pelajar) dijemput ke booth-booth yang dibuka bersempena dengan “The 1st National Symposium on Sustainable Infrastructure and Engineering” (SustaIN 2015) anjuran UTM RAZAK School seperti butiran berikut:
Hari/Tarikh: Rabu/16 Disember 2015
Tempat: Dewan Bankuet, Aras 1, Menara Razak, UTMKL
Masa: 8.00 pagi – 6.00 petang
Sebanyak 10 buah booth telah dibuka termasuklah booth Kedai Cenderamata UTM, Perpustakaan Sultanah Zanariah (PSZ), Institute of Bioproduct Development (IBD) dan UTM RAZAK School yang menawarkan pelbagai produk UTM pada harga yang istimewa sempena SustaIN 2015.
Selain itu, Jabatan Kerja Raya (JKR), Ahmad Zaki Resources Berhad (AZRB), Mikuni (M) Sdn. Bhd., Selia Senggara Sdn. Bhd., Supreme Pavement dan Tencate Geosynthetics turut membuka booth untuk mempromosikan produk mereka di samping membuka peluang kepada pengunjung yang mencari pekerjaan untuk menghantar resume secara terus kepada mereka.
Pelbagai hadiah menarik turut disediakan oleh kesemua exhibitor ini termasuklah 10 hadiah cabutan bertuah yang bakal diumumkan dari semasa ke semasa sepanjang booth dibuka.
Jangan lepaskan peluang ini dan marilah kita bersama-sama memeriahkan lagi SustaIN 2015! Jumpa anda di SustaIN 2015!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *