KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG SEMPENA HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA TAHUN 2016

Salam Sejahtera / Warm Greetings.

Y. Bhg. Dato/ Prof/ Dr/ Saudara,

Adalah dimaklumkan bahawa bersempena Sambutan Hari Kebangsaan  dan Hari Malaysia Tahun 2016, kempen pengibaran Jalur Gemilang di Universiti Teknologi Malaysia diteruskan bagi menzahirkan komitmen Universiti dan menyemarakkan semangat patriotisme di kalangan warga kampus.

 

  1.            Sehubungan dengan itu, semua Fakulti/Jabatan diminta untuk mengibarkan bendera Jalur Gemilang  bermula 17 Ogos 2016 sehingga 16 September 2016. Adalah dimaklumkan bahawa sejak tahun 2015, pihak Bahagian Pengurusan Organisasi tidak lagi membekalkan Jalur Gemilang. Justeru, pihak Fakulti/Jabatan digalakkan menggunakan bendera sedia ada dan sebarang pembelian baharu adalah menggunakan vot masing-masing.

 

  1. Komitmen dan kerjasama pihak YBhg Prof/Dr/Saudara didahului ribuan terima kasih.

 

Nor Qamariah binti Othman
Penolong Pendaftar / Assistant Registrar
Bahagian Pengurusan Organisasi / Organisational Management Division,
Pejabat Pendaftar / Office of the Registrar,
Universiti Teknologi Malaysia,
81310 Johor Bahru, Johor.


Office:07-5530051  I  Fax: 07-5545755

 
 


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *