SERANGAN MALWARE ‘WANNACRY RANSOMWARE’

IT UPDATE : SERANGAN MALWARE ‘WANNACRY RANSOMWARE’

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Serangan malware ini disedari oleh penyelidik keselamatan pada 12 Mei 2017. Malware ini menyerang komputer dengan sistem pengoperasian Windows dan boleh merebak melalui rangkaian daripada satu komputer ke satu komputer.

 

Penularan malware  Wannacry Ransomware ini boleh dicegah dengan melaksanakan perkara-perkara di bawah :

  1. Sila laksanakan patch untuk semua sistem pengoperasian Microsoft Windows MS17-010. Sila rujuk halaman  MS17-010 untuk patch terkini.
  2. Sila guna antivirus dan lengkapkan antivirus dengan patern/signature yang terkini. Antivirus UTM, Symantec Endpoint Protection 14 boleh diperolehi di http://antivirus.utm.my.
  3. Buat salinan (backup) bagi fail-fail penting.
  4. Sila nyahaktif file sharing / Server Message Block (SMB) pada sistem pengoperasian Microsoft Windows. Rujuk cara  untuk nyahaktif disini.
  5. Berhati-hati dengan email yang mengandungi lampiran. Sila sahkan dengan pengirim email terlebih dahulu sekiranya terdapat lampiran yang mencurigakan pada email tersebut.
  6. Sekiranya terdapat tanda-tanda telah diserang dengan malware, sila maklumkan kepada pihak CICT untuk tindakan lanjut.

Maklumat lanjut berkaitan malware  Wannacry Ransomware dan cara pencegahan boleh dirujuk pada kenyataan media daripada CyberSecurity seperti lampiran. Makluman berkaitan ransomware juga boleh diperolehi di laman web  Microsoft.

Mohon semua warga UTM untuk berkerjasama membasmi dan lebih berhati-hati dalam menangani isu malware  Wannacry Ransomware ini bagi mengelakkan kita ‘menangis di kemudian hari’.

 

Harap maklum.

 

Pengurusan Perhubungan Pelanggan (CRM),

Pusat Teknologi Maklumat & Komunikasi.

Universiti Teknologi Malaysia.

Emel : aduit@utm.my  | No telefon : 07-5532136

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *