Majlis Pelancaran Tabung Ihya’ Ramadhan 1438 H dan Tazkirah Perdana

Assalamu’alaikum w.b.t

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Islam UTM Kuala Lumpur akan mengadakan Majlis Pelancaran Tabung Ihya’ Ramadhan 1438 H dan Tazkirah Perdana . Butiran adalah seperti berikut : 

Tarikh         : 17 Mei 2017 (Rabu)

Masa           : 8.15 – 10.00 pagi

Tempat        : Dewan Solat Utama, Masjid UTM KL

Tentatif bagi program ini adalah seperti berikut : 

8.15 pagi          : Ketibaan tetamu

8.25 pagi          : Bacaan doa

8.30 pagi          : Ucapan Aluan daripada  YBhg. Ustaz Wan Ali bin Wan Jusoh, Timbalan Pengarah Pusat Islam UTM Kuala Lumpur.

8.35 pagi          : Ucapan Perasmian dan Pelancaran Tabung Ihya’ Ramadhan oleh YBhg. Prof Dr. Durrishah binti Idrus, Pro-Naib Canselor (Kampus UTM Kuala Lumpur)

8.50 pagi          : Majlis Pelancaran Tabung Ihya’ Ramadhan 1438H

9.00 pagi          : Tazkirah perdana

                         Disampaikan oleh : YBhg. Ustaz Dr. Roslan bin Mohamed, Pensyarah Kanan Universiti Malaya.

9.45 pagi          : Sesi soal Jawab

9.55 pagi          : Penyampaian cenderahati kepada penceramah.

10.00 pagi        : Minum pagi dan bersurai.          

Semua staf dengan segala hormat dijemput menyertainya. Untuk makluman semua juga, sarapan pagi adalah disediakan. Kerjasama semua juga amatlah diharapkan untuk sentiasa MENEPATI MASA.

Sekian, terima kasih 

Shaharina binti Shaharuddin
Pegawai Hal Ehwal Islam
Pusat Islam
Universiti Teknologi Malaysia
Jalan Sultan Yahya Petra (Jalan Semarak)
54100 Kuala Lumpur
Office : 03-22031610 I Mobile : 019-6743954
Emel  : shaharina.kl@utm.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *