Pelawaaan Menyertai Anugerah Inovasi Kementerian Pendidikan Tinggi Tahun 2015 (AIKPT 2015)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Dimaklumkan bahawa KPT telah memperkenalkan Anugerah Inovasi Kementerian Pendidikan Tinggi (AIKPT) sebagai salah satu pengiktirafan kepada hasil Inovasi yang dibuat oleh Bahagian/Jabatan/Agensi/Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) di bawah KPT dan sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Sebanyak empat (4) kategori akan dipertandingkan dalam AIKPT 2015 iaitu seperti berikut:

  1. Inovasi Sosial – terbuka kepada Bahagian/Jabatan/Agensi di bawah KPT, Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti, Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM);
  2. Inovasi dalam Pengurusan Universiti – terbuka kepada Universiti Awam sahaja;
  3. Inovasi dalam TVET – terbuka kepada Politeknik dan Kolej Komuniti sahaja; dan
  4. Inovasi dalam Pengurusan Sekolah – terbuka kepada Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah di bawah KPM sahaja.

Sehubungan dengan itu, pihak CCIN ingin mempelawa semua Pusat Tanggungjawab untuk mencalonkan projek/hasil inovasi untuk menyertai anugerah ini bagi kategori Inovasi Sosial. 

YBhg. Prof./Prof. Madya/Dr./Saudara boleh memuat turun Garis Panduan dan Borang Penyertaan AIKPT 2015 di portal KPT (www.mohe.gov.my). Dipohon pihak YBhg. Prof./Prof. Madya/Dr./Saudara untuk memahami dan meneliti setiap syarat-syarat penyertaan yang ditetapkan sebelum mengemukakan pencalonan AIKPT 2015 kepada pihak CCIN. Kerjasama pihak YBhg. Prof./Prof. Madya/Dr./Saudara adalah dipohon untuk mengemukakan dokumen yang telah lengkap ke pejabat CCIN selewat-lewatnya pada 10 November 2015 untuk tujuan penyelarasan.

NORLIA ISNIN
Assistant Registrar

Centre for Community and Industry Network (CCIN)

Office of the Deputy Vice-Chancellor (Development)
UTM Skudai, Johor
Tel: 07 55 37819 (Ext. 37819)

Fax: 07 55 37630

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *