ADUAN INTEGRITI WARGA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

poster

Salam dan Selamat Sejahtera kepada semua warga UTM, 

 
Merujuk kepada perkara di atas. 
 
Semua warga UTM adalah diseru untuk tampil membuat aduan berkaitan sebarang salah laku dalam usaha menggalakkan pembudayaan kerja berintegriti di Universiti Teknologi Malaysia. 
 
Rentetan daripada itu, Pejabat Penasihat Undang – Undang, melalui Seksyen Integriti, Tatatertib dan Surcaj mengambil inisiatif menyediakan saluran aduan ini, melalui keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Integriti dan Tadbir Urus (JITU) Bil.1/2016 yang lalu, yang telah dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Naib Canselor, Prof. Datuk Ir. Dr. Wahid Bin Omar.  
 
Melalui beberapa siri semakan dan perbincangan, serta melalui kerjasama Pejabat Hal Ehwal Korporat dan Bahagian Pengurusan Organisasi, Pejabat Pendaftar, dilampirkan disini adalah poster saluran Aduan Integriti UTM untuk tujuan cetakan dan paparan di papan – papan utama semua pusat tanggungjawab dan fakulti
 
Untuk makluman, identiti pemberi maklumat yang membuat aduan adalah dirahsiakan dan dilindungi di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 dan juga di bawah Seksyen 65, Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. 
 
Semoga saluran aduan integriti ini dapat dimanfaatkan oleh semua. 
 
Sekian, terima kasih. 
RAIHAN BINTI ABD KARIM 
Pegawai Integriti /Certified Integrity Officer (CeIO)
UTM Pejabat Penasihat Undang-Undang / UTM Chambers of The Legal Adviser
Sultan Ibrahim Chancellery Building
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
81310 UTM Skudai
Johor Darul Ta’zim
MALAYSIA.

Primary Email  : raihan.ak@utm.my 

Phone No        : 07 – 5330437 

Integrity Enrichment – Disciplinary Action – Surcharge

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *