CADANGAN PROJEK MY KAMPUNG MY FUTURE (MKMF) HOMESTAY BANGHURIS DI BAWAH PROGRAM NBOS 6 NEGERI SELANGOR

CADANGAN PROJEK MY KAMPUNG MY FUTURE (MKMF) HOMESTAY BANGHURIS DI BAWAH PROGRAM NBOS 6 NEGERI SELANGOR

 

Dengan segala hormatnya, saya diarah merujuk perkara seperti di atas.

 

  1. Untuk makluman YBhg. Datuk/ Dato’/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan, di bawah program NBOS 6 – My Kampung My Future (MKMF), beberapa lokasi kampung yang berpotensi telah dikenalpasti di seluruh Malaysia yang akan dibangunkan oleh pihak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dengan kerjasama erat semua Kementerian/ Jabatan/ Agensi lain melalui perdekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS). Bagi tujuan pelaksanaan program MKMF Negeri Selangor, lokasi Homestay Banghuris (Kampung Bukit Bangkong, Kampung Hulu Chuchoh dan Kampung Hulu Teris) telah dipilih untuk dibangunkan dengan pelbagai aktiviti-aktiviti berekonomi khusus bagi pembangunan golongan belia di kampung-kampung.

 

  1. Sehubungan itu, pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan adalah dimohon untuk mengemukakan cadangan projek yang memberi impak tinggi kepada masyarakat di kawasan Homestay Banghuris dengan menerapkan prinsip NBOS(low cost, high impact, rapid execution and sustainability). Bersama-sama ini disertakan format cadangan projek seperti di Lampiran I.

 

  1. Cadangan projek yang telah lengkap diisi mengikut format yang diberi boleh dikemukakan kepada En. Hazly Ja’apar di alamat hazly.kl@utm.mysebelum atau pada 26 Mac 2017 (Ahad) untuk tindakan selanjutnya. Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini bolehlah diajukan kepada:

 

Nama      : En. Hazly Ja’apar
Tel : 03 – 26154500
Emel : hazly.kl@utm.my

 

  1.                  Cadangan projek diharapkan menepati dan bersesuaian dengan kehendak penduduk setempat. Maklumat lanjut mengenai populasi dan keadaan ekonomi mengenai kampung berkenaan boleh didapati di Link seperti berikut:

 

http://www.penaberkala.com/2013/12/merasai-suasana-kampung-di-banghuris.html

 

Perhatian dan kerjasama YBhg. Datuk/ Dato’/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan berhubung perkara ini adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Till then, best wishes and thank you

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *