Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Lestari
Mungkin agak klise dan mewujudkan persepsi negatif di kalangan semua warga kampus. Bagaimanapun, penambahbaikan dan perubahan positif akan tetap dilaksanakan selaras dengan usaha UTM untuk memacu kampus berinisiatif global dan dikenali sebagai pusat rujukan Kampus Hijau dan Lestari. Matlamat utama ialah membina mentaliti kelas pertama dan meningkat infra “green and sustainable” secara berperingkat. Pelbagai cadangan dan saranan baru telah dimasukkan dalam aktiviti kalendar UTM Campus Sustainabilitysehingga kini. Dan, perlaksanaan salah satu program seperti ini akan memberikan lebih ruang kepada UTM untuk penambahbaikan inisiatif tersebut.
Pihak kami menjangka inisiatif ini akan memberikan pelbagai impak terutama dalam koordinasi PTJ, makluman dan hebahan umum, kaedah perlaksanaan dan seterusnya mengekalkan momentum ini nanti. Terdapat beberapa lagi inisiatif keperluan “green and sustainable” ini pada masa akan datang. InsyaAllah, pihak kami akan terus ke hadapan dan memerlukan sokongan semua warga kampus sama ada Fakulti/Pejabat/Bahagian/Unit untuk sama-sama menyokong inisiatif seperti ini.
Sekian. Kami Prihatin.
Pengarah