Category Archives: 2017 Calender

MONTHLY ENGAGEMENT WITH THE VICE CHANCELLOR OF UTM – Sept. 2017

 

Sukacitanya, seluruh warga Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dijemput untuk hadir ke Majlis Perhimpunan Bulanan (September) bersama YBhg. Datuk Naib Canselorpada Isnin, 11 September 2017.

Mana-mana Fakulti/Bahagian/Persatuan yang berhasrat untuk menyertai slot (perasmian, pelancaran, penghargaan atau yang bersesuaian) di dalam perhimpunan bulanan ini perlulah memaklumkan kepada pihak urusetia (Pejabat Hal Ehwal Korporat) selewat-lewatnya 5 hari sebelum majlis berlangsung. Hanya slot yang bersesuaian sahaja yang akan dipertimbangkan untuk dimasukkan ke dalam majlis.

Bagi permohonan slot,  sila e-melkan permohonan bersama maklumat berkaitan dan cadangan pengisian kepada En Mohd Faizal Abd Jalal (faizaljalal@utm.my).

Bagi sebarang pemakluman (dalam bentuk slaid), mohon e-melkan bahan dan keterangan (dalam 1-2 slaid) kepada En Ahmad Hilman bin Borhan (ahilman@utm.my) untuk dipertimbangkan bagi dimasukkan ke dalam slaid YBhg Datuk Naib Canselor.

Perincian Perhimpunan Bulanan (September) adalah seperti berikut:
Tarikh : 11 September 2017 (Isnin).
Masa : 8.00 pagi
Tempat :

i. Dewan Sultan Iskandar, UTM Johor Bahru

[LINTAS LANGSUNG]

ii. Dewan Azman Hashim, UTM Kuala Lumpur.
iii. UTM Kampus Pagoh.
Atur cara:
7.40 pagi : Staf mengambil tempat
8.00 pagi : Ketibaan YBhg. Datuk Naib Canselor
: Nyanyian Lagu Negaraku
: Bacaan Doa
: Pembentangan oleh YBhg. Datuk Naib Canselor

: Slot / Penghargaan Khas (jika berkaitan)
: Penyampaian sijil kenaikan pangkat, dll (UTM JB & UTM KL)
: Lagu Keunggulan Terbilang
: Bersurai

Segala sokongan dan komitmen YBhg. Prof/Saudara untuk hadir amatlah dihargai.

Sekian dimaklumkan.

 

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1438H/2017 , WANGI UTMKL

 

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1438H/2017 , WANGI UTMKL

Sukacita dimaklumkan bahawa WANGI UTMKL  akan mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1438H/2017 . Ketetapan adalah seperti berikut :-

 

Tarikh : 24 Julai 2017 (Isnin)

Masa : 11.00 pagi

Tempat : Foyer A, Aras 1 Bangunan PSZ ,

(Ruang legar Bilik Mesyuarat Al-Ghazali)

 

Untuk makluman, pihak WANGI akan menjemput anak-anak yatim dari Pusat Jagaan Kasih Murni seramai lebih kurang 40 orang untuk bersama-sama memeriahkan lagi majlis ini.

 

Sehubungan itu dengan rasa besar hati, pihak WANGI  ingin menjemput SEMUA AHLI WANGI UTM KL ke majlis ini untuk menambah lagi kemeriahan majlis.

 

Bersama-sama ini dilampirkan atur cara majlis untuk rujukan YBrs. Prof./Prof. Madya /Dr /Tuan /Puan /Saudara.

 

Terima kasih.

3rd WEEK OF THE MONTH AS ENGLISH WEEK IN UTM

Salam Sejahtera & Salam 1Malaysia

Dear Datuk/Professor/Dr./Mr./Mrs.,

 

3rd WEEK OF THE MONTH AS ENGLISH WEEK IN UTM

We would like to announce that UTM is implementing the following programmes to enhance the use of English among the staff.

All staff of UTM are required to use English regularly in UTM to develop their confidence to communicate with foreigners. This is to provide daily training for UTM staffs besides the formal training programmes offered by Development Section (Registrar Office).

 

The implementation will be effective every 3rd week of every month starting from 18th – 22th June 2017. Heads of Departments are to ensure that the program is successfully carried out at the department level involving all staff.
Your cooperation in ensuring the success of the program is highly appreciated.

 

Thank you.

To enhance our English language communication skills please kindly click MyLine website below:

MyLinE – OnlineResources for Learning in English

“Berkhidmat untuk Negara Kerana Allah”

THANKING & REGARDS

DEVELOPMENT SECTION

HUMAN RESOURCES DIVISION

REGISTRAR’S OFFICE

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

81310 UTM JOHOR BAHRU, JOHOR

Office:07 – 553 1116/37756/37949 | Fax: 07-5585821

Primary Email: hcd@utm.my | Site: http:registrar.utm.my/en/hcd/