Category Archives: Announcement

KWSP: Kadar Berkanun Untuk Caruman Syer Pekerja Kembali Ke 11% Mulai Upah/Gaji Januari 2018

Perkara diatas adalah dirujuk,

 

 

Dimaklumkan bahawa phak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah membuat pemakluman berkaitan caruman syer pekerja kembali kepada 11% bagi staf yang memilih opsyen caruman 8% mulai penggajian Mac 2016 seperti yang telah ditaklimatkan pada 22 Februari 2016 yang lalu. Berikut adalah pemakluman yang dikemukakan oleh Jabatan Hal Ehwal Korporat, KWSP :

 

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memaklumkan bahawa kadar berkanun untuk caruman syer pekerja yang diturunkan kepada lapan (8) peratus bermula upah/gaji Mac 2016 (caruman April 2016) akan tamat pada upah/gaji bulan Disember 2017 (caruman Januari 2018). Pengurangan kadar ini adalah berikutan pengumuman yang dibuat oleh Kerajaan pada 2016 semasa pembentangan Semakan Semula Bajet 2016 oleh YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. 

Berkuatkuasa untuk upah/gaji Januari 2018 (caruman Februari 2018), kadar berkanun untuk caruman syer pekerja akan kembali ke kadar asal 11% untuk pekerja yang belum mencapai umur 60 tahun dan 5.5 peratus untuk pekerja berumur 60 tahun ke atas.

Majikan perlu memastikan amaun caruman yang betul dipotong daripada upah/gaji pekerja dan diremitkan kepada KWSP berdasarkan kadar caruman yang baharu ini. Kadar caruman terkini bagi syer pekerja dan majikan boleh dirujuk di Jadual Ketiga, Akta KWSP 1991.

Ahli yang ingin mencarum melebihi kadar berkanun 11 peratus atau 5.5 peratus boleh mengemukakan Borang KWSP 17A (AHL) atau Borang KWSP 17AA (AHL).

Untuk maklumat lanjut, ahli dan majikan boleh merujuk laman web KWSP di www.kwsp.gov.my atau hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03-8922 6000, atau kunjungi mana-mana cawangan KWSP terdekat.

Sehubungan itu, bagi staf yang telah memilih opsyen pelarasan kadar caruman yang dibuat pada Mac 2016 kepada 8% akan kembali kepada kadar caruman asal iaitu sebanyak 11% mulai penggajian Januari 2018. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, mohon berhubung dengan pihak BSM dan Pejabat Bendahari UTM.

Sekian untuk makluman bersama. Terima kasih.

Human Resource Division/ Bahagian Sumber Manusia

Registrar Office/ Pejabat Pendaftar

Universiti Teknologi Malaysia

81310 UTM Johor Bahru, Malaysia


Site: http://registrar.utm.my

Invitation to Participate in the Malaysia’s First Cellular Internet-of-Things Hackathon

Dear all,

Register now to participate in “Hack for Good”- the Malaysia’s First Cellular Internet-of-Things Hackathon jointly organised by UTM, Ericsson and Axiata Xpand.

“Hack for Good” is the first of its kind, end-to-end cellular Narrow Band Internet of Things (NB-IoT) hackathon covering the complete ecosystem from device, connectivity, IoT platform to apps, to provide a unique opportunity to university students and professionals to build IoT based solutions relevant for Malaysia.

 

“Hack for Good” is open to all university students and professionals. Register for free at https://t4gc.com/ by 26th February 2018.

 

Appreciate your help to disseminate this info to your students, colleagues and professional contacts.

 

 

PROGRAM SENAMROBIK UTMKL SIRI 1/2018

Assalamualaikum w.b.t & Selamat Sejahtera

YBhg Prof/Dato’/Datin /Dr./Saudara

Inline image 2

Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.
2.  Sukacita dimaklumkan bahawa Program Senamrobik UTMKL Bil. 1/2018 akan diadakan pada ketetapan berikut:
                            Tarikh     : 24 Januari 2018 (Rabu)
 
                             Masa     : 7.45 pagi – 8.45 pagi
 
                             Tempat : Dataran MJIIT, UTMKL
3.  Bagi Program Senamrobik tahun 2018 ini, terdapat 2 anugerah yang akan diberikan iaitu :
             i.  PTJ paling aktif
             ii. Kehadiran individu 100% sepanjang program dijalankan sehingga akhir tahun
4.  Sebagai makluman, kehadiran tuan/puan akan direkodkan dalam UTMSmile. Oleh itu marilah bersama-sama memeriahkan program gaya hidup sihat ini.
Sekian, terima kasih.
 
Pejabat Pendaftar
UTM Kuala Lumpur
Jalan Sultan Yahya Petra
54100 W.P Kuala Lumpur

JEMPUTAN COFFEE TALK: TIPS & TRICKS KEPADA STAF UTM AIS

Assalamualaikum & Salam Sejahtera….

YBhg. Prof. Madya / YBrs. Dr. / Saudara,

 

Adalah saya diarah untuk memaklumkan bahawa Pejabat Timbalan Dekan (Penyelidikan, Inovasi, Komersialisasi & Jaringan) UTM AIS akan mengadakan Coffee Talk: Tips & Tricks kepada staf akademik UTM AIS.

 

Butiran Program adalah seperti berikut:

 

Tarikh     :  24 Januari 2018 (Rabu)

Masa      :  11.00 pagi – 12.30 tengahari

Tempat   :  Dining Room, Aras 4, UTM AIS

                   Menara Razak, UTM Kuala Lumpur

Penceramah:  Encik Gameladha Nasirifiin bin Arifin, IP Rights (M) Sdn. Bhd.

 

Sehubungan dengan itu, semua kakitangan akademik yang berminat untuk hadir dimohon untuk mendaftar di link seperti berikut:

https://goo.gl/forms/DBbr6xwCBLIMnStz2

kehadiran YBhg. Prof. Madya / YBrs. Dr. / Saudara adalah amat dialu-alukan.

Sekian, terima kasih.

SARAH BINTI MOHD ALI

Setiausaha Pejabat

ADVANCED INFORMATICS SCHOOL (UTM AIS)

Level 5, Menara Razak

Jalan Sultan Yahya Petra

54100 Kuala Lumpur

Office:+603-21805275

Fax: +603-21805320

Primary Email: sarah.kl@utm.my

PEMAKLUMAN PELEKAT KENDERAAN UNIVERSITI 2018

DIMAKLUMKAN 
BAHAWA PERMOHONAN SERTA JUALAN PELEKAT  KENDERAAN UTM BAGI TAHUN 2018 MASIH BELUM DIBUKA SEHINGGA SATU MASA YG AKAN DIUMUMKAN NANTI. MAAF DIATAS SEGALA KESULITAN. TERIMA KASIH

NOTIFICATION

UTM VEHICLE STICKER IS CURRENTLY UNAVAILABLE FOR SALE UNTIL FUTHER NOTICE. WE APOLOGISE FOR ANY INCONVENIENCES THIS MAY HAVE CAUSED. THANK YOU AND HAVE A NICE DAY.

Sekian dimaklumkan dan terima kasih.

 

Abd Rahim bin hj Abd Karim

Pengarah Keselamatan
Bahagian Keselamatan

 

Tazkirah Perdana Budaya Ilmu & Al-Quran UTM Kuala Lumpur 17 Januari 2018

Assalamu’alaikum w.b.t

Sukacita dimaklumkan bahawa program Tazkirah Budaya Ilmu & al-Quran pada minggu yang ke-3 mulai tahun 2018 akan dijalankan secara berpusat. Pada bulan ini, tazkirah akan dijalankan seperti ketetapan berikut :

        Tarikh           : 17 Januari 2018 (Rabu)

         Masa             : 8.15 pagi – 9.30 pagi

         Tempat          : Dewan Solat Utama, Masjid UTM Kuala Lumpur

         Tajuk             : Kepentingan Pengurusan Harta Menurut Islam

         Penceramah : Ustaz Mohd Azrul bin Ismail, Pegawai Hal Ehwal Islam, Bahagian Baitul Mal, MAIWP.

Semua staf dengan segala hormat dijemput menyertainya. Kerjasama semua juga amatlah diharapkan untuk sentiasa MENEPATI MASA.

Sekian, terima kasih 

Pusat Islam
UTM Kuala Lumpur
03-2203 1604 / 1606 / 1607

JEMPUTAN UNTUK MENYERTAI THIRD POLICY FORUM OF THE STRENGTH THROUGH DIVERSITY SERIES: LEARNING FROM DATA, OECD HEADQUARTERS PARIS, 12-13 FEBRUARI 2018

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.         Adalah dimaklumkan bahawa Bahagian ini telah menerima sesalinan makluman daripada pihak Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia (SKUM) berkenaan jemputan untuk menyertai Third Policy Forum of the Strength Through Diversity Series: “Learning from Data” yang akan berlangsung pada 12 – 13 Februari 2018 bertempat di Ibu Pejabat OECD, Paris.

3.         Antara agenda Forum Polisi tersebut adalah:

1.  identify existing data sources on education, migration and displacement;
2.  highlight data and measurement aspects that require urgent attention to improve the understanding of social phenomena;
3.  examine innovative practices in data and measurement to effectively approach aspects of the migration/displacement-education relationship; and
4.  propose recommendations and guidelines on questionnaire items for key areas of interventions in data and measurement tools for the migration/displacement education relationship, including for making progress towards monitoring SDG.

4.         Untuk mendapatkan maklumat selanjutnya berkenaan Forum Polisi ini, pihak Tuan/ Puan boleh menghubungi pegawai-pegawai berikut:

1.  Ms. Diana Tramontano (diana.tramontano@oecd.org<mailto:diana.tramontano@oecd.org>) dari Sekretariat OECD berkenaan hal logistik;
2.  Ms. Lucie Cerna (lucie.cerna@oecd.org<mailto:lucie.cerna@oecd.org>) dari Sekretariat OECD dan Ms. Leila Loupis (l.loupis@unesco.org<mailto:l.loupis@unesco.org>) dari Sekretariat UNESCO berkenaan lain-lain maklumat.

Peserta adalah turut bertanggungjawab ke atas semua urusan penginapan dan penerbangan bagi penyertaan mereka. Sesalinan hotel penginapan berdekatan boleh diakses di https://www.oecd.org/site/conferencecentre/hotels-list.pdf.

5.         Sehubungan dengan itu, kerjasama pihak YBhg. Tan Sri/Datuk Seri/Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan adalah dipohon untuk menyebarluaskan makluman tersebut di Jabatan/Institusi/Agensi masing-masing. Bersama-sama ini dilampirkan sesalinan surat jemputan daripada pihak OECD dan UNESCO bertarikh 8 Disember 2017 untuk perhatian dan rujukan YBhg. Tan Sri/Datuk Seri/Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan jua.

6.         Semua permohonan hendaklah dipohon secara terus kepada OECD Events Management System (EMS) selewat-lewatnya sebelum atau pada 15 Januari 2018 (Isnin). Setelah pendaftaran diterima, peserta akan dibekalkan dengan perincian agenda, bahan-bahan forum serta maklumat penginapan dan pengangkutan dalam masa yang terdekat kelak.

Perhatian dan kerjasama pihak YBhg. Tan Sri/Datuk Seri/Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Office of Deputy Vice Chancellor (Academic & International)

Sultan Ibrahim Chancellery Building
Universiti Teknologi Malaysia
81310 UTM Johor Bahru, Johor

Pindaan/Pembetulan RADIS

Assalamualaikum w.b.t
Yang Berbahagia
Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan
MAKLUMAN
Per.: Kebenaran membuat pindaan/pembetulan di RADIS
Kebenaran untuk submit semula pembetulan di RADIS adalah tertakluk hanya kepada corresponding/UTM First Author sahaja. Staf yang memasukkan data tidak diberikan kebenaran untuk membuat sebarang pindaan/pembetulan.

Terima KasihHarap Maklum

Md Razib Karno
Senior Librarian,
Information Services & Research Division

UTM Library
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
81310, UTM Skudai,
Johor, Malaysia

Office:+607 553 0280      Fax: +607 55 72555
Primary Email: mdrazib@utm.my | Secondary Email: mdrazibkarno@gmail.com | Site: 1.Research Support 2.My Publications