Category Archives: Announcement

Peringatan Mesra Kemasukan Data penerbitan ke RADIS

Makluman : Peringatan Mesra Kemasukan Data penerbitan ke RADIS
Sebagaimana sedia maklum, pemarkahan penerbitan eLPPT perlulah mendapatkan pengesahan di sistem RADIS. Oleh Demikian, mohon jasa baik kepada semua staf akademik UTM untuk memasukkan data penerbitan masing-masing ke dalam Sistem RADIS dengan seberapa segera.
Pengesahan kepada penerbitan UTM hanya akan diterima sehingga 31hb Disember 2015 sahaja.
Tempoh pengesahan akan dibuat dalam tempoh 7 hari (1-7hb januari 2016).
Sebarang permasalahan/Pindaan/penambahbaikan akan dibuat selama 4 hari selepas itu (8-11hb januari 2016).
3 Hari berikutnya akan dibuat semakan terakhir  keseluruhan penerbitan dan semakan duplikasi atau kes-kes istimewa (12-14hb Januari 2016).
Sebarang permasalahan atau pertanyaan boleh hubungi En Nabil dan Cik Amirah di talian 30076/30016

Terima Kasih

Harap Maklum

INGATAN MESRA – TINGGAL 13 HARI LAGI – PENILAIAN SISTEM PRESTASI 2015

Sukacita mohon kerjasama YBhg. Prof./saudara dapat meluangkan sedikit masa untuk mengisi Sistem Penilaian Prestasi Bagi Tahun 2015 bagi Pengisian Maklumat SKT/KAI oleh PYD yang akan berakhir tempohnya pada 31 Disember, 2015 ini.

Sehubungan itu, kerjasama dan keperihatinan semua staf amatlah dihargai untuk melengkapkan SKT/KAI bagi mengelakkan berlaku masalah pada saat-saat akhir.

Sebarang permasalahan sila emailkan atau hubungi :

eLPPT 

email : elppt@utm.my 

(setiap masalah berkaitan elppt perlu diemailkan ke alamat email ini)

  1. En. Hairudin bin Shahri (urus setia) di talian 07-5530420
  2. Pn. Aneza binti Atan (sistem teknikal) ditalian 07-5533067

eLNPT/eLNPT 360 Darjah

  1. Pn. Hariyani binti Khalid (urus setia) di talian 07-5530450
  2. En. Rahman bin Hamzah (sistem teknikal) di talian 07-5533067

Compliance with CLASS 2013 Regulations for Hazardous Chemicals

UTM is going towards full compliance of the Occupational Safety and Health (Classification, Labelling and Safety Data Sheet of Hazardous Chemicals) Regulations 2013 (CLASS 2013 Regulations), that have been gazetted on 11th October 2013. The full document can be downloaded from DOSH website, or via CMC website at

 

http://www.utm.my/cmc/download/chemical-management-issues/

 

Other documents regarding chemical regulations and safety can also be downloaded at the site.

 

The CLASS 2013 Regulations, promulgated under the Occupational Safety and Health Act 1994 (Act 514), have replaced the Occupational Safety and Health (Classification, Packaging and Labelling of Hazardous Chemicals) Regulations 1997 (CPL Regulations). The main objective of the CLASS Regulations is to ensure suppliers of hazardous chemicals provide sufficient information on hazards of chemicals that they supply, so as to mitigate the risk of accidents happening in the workplace, thus providing a safe and healthy working environment and condition.

 

Basically, the CLASS 2013 regulations require:

  1.    1. A new labelling system for hazardous chemical containers, containing all six (6) important elements, with the correct label sizes.
  2.    2. A Safety Data Sheet (SDS) for every hazardous chemical, containing all sixteen (16) elements, in both Bahasa Malaysia and English.

Thus, CMC hoped that all researchers can start to purchase chemicals from a CLASS 2013-compliant manufacturers. This can be enquired from your usual chemical suppliers. Please also request an SDS for every chemical purchased, and keep a copy in your laboratory for easy reference.

 

Please forward this email to your ROs, RAs, Science Officers, Technicians, Lab Assistants and postgraduate students too.

 

Thank you very much.

Soal Selidik Laman Web Pejabat Pendaftar 2015

Pejabat Pendaftar telah berusaha mengemaskini laman web pada tahun 2015 bagi memudahkan capaian informasi yang berkaitan dengan pejabat ini.

Proses mengemaskini dan laman web Pejabat Pendaftar telah dimulakan pada awal Januari lalu dan ianya masih terus dikemaskini untuk memberikan informasi terkini.

Bagi mengukur tahap perubahan yang telah dilakukan terhadap laman web ini, pihak Jawatankuasa Laman Web Pejabat Pendaftar melancarkan Soal selidik laman web Pejabat Pendaftar 2015 yang boleh dicapai melalui capaian berikut:

SOAL SELIDIK LAMAN WEB PEJABAT PENDAFTAR 2015

Capaian ini akan dibuka mulai 15 Disember 2015 sehingga 31 Disember 2015.

Kerjasama dan sokongan semua pelayar laman web Pejabat Pendaftar adalah amat diharapkan agar soalselidik ini dapat mencapai objektifnya.

Kerjasama semua dalam menjawab soal selidik tersebut diucapkan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Jemputan ke Booth “The 1st National Symposium on Sustainable Infrastructure and Engineering” (SustaIN 2015) anjuran UTM RAZAK School pada Rabu 16 Disember 2015

Semua warga kampus UTM Kuala Lumpur (staf dan pelajar) dijemput ke booth-booth yang dibuka bersempena dengan “The 1st National Symposium on Sustainable Infrastructure and Engineering” (SustaIN 2015) anjuran UTM RAZAK School seperti butiran berikut:
Hari/Tarikh: Rabu/16 Disember 2015
Tempat: Dewan Bankuet, Aras 1, Menara Razak, UTMKL
Masa: 8.00 pagi – 6.00 petang
Sebanyak 10 buah booth telah dibuka termasuklah booth Kedai Cenderamata UTM, Perpustakaan Sultanah Zanariah (PSZ), Institute of Bioproduct Development (IBD) dan UTM RAZAK School yang menawarkan pelbagai produk UTM pada harga yang istimewa sempena SustaIN 2015.
Selain itu, Jabatan Kerja Raya (JKR), Ahmad Zaki Resources Berhad (AZRB), Mikuni (M) Sdn. Bhd., Selia Senggara Sdn. Bhd., Supreme Pavement dan Tencate Geosynthetics turut membuka booth untuk mempromosikan produk mereka di samping membuka peluang kepada pengunjung yang mencari pekerjaan untuk menghantar resume secara terus kepada mereka.
Pelbagai hadiah menarik turut disediakan oleh kesemua exhibitor ini termasuklah 10 hadiah cabutan bertuah yang bakal diumumkan dari semasa ke semasa sepanjang booth dibuka.
Jangan lepaskan peluang ini dan marilah kita bersama-sama memeriahkan lagi SustaIN 2015! Jumpa anda di SustaIN 2015!

TAZKIRAH BUDAYA QURAN 16 DISEMBER 2015 (Rabu)

Sukacita dimaklumkan bahawa program Tazkirah akan dijalankan seperti biasa pada hari Rabu, 16 December 2015, jam 8.30 pagi hingga 9.30 pagi. Berikut adalah senarai Penceramah bagi setiap PTJ :

1)  HEMA & PHB   

    Dewan Jumaah                                Ustaz Wan Ali Bin Wan Jusoh

2) Bendahari      

    Pejabat Bendahari Tingkat 2                Ustaz Mohd Azhari b Yusof     ( Bermula 8.15 AM)

3)  Pendaftar, CASIS

     AUTODESK , PSZ  & SPACE

     Bilik seminar 2 Aras 3, PSZ                Ustaz Shahrizal b. Shahidan

 

 

4) Canseleri, HEK, IBS, AIS,                          Ustaz Usman El-Quraisyi

    Perdana School, Razak

    School & MJIIT

    (Dewan Seminar Menara Razak)

**TIADA tazkirah dijalankan di CICT untuk minggu ini. Mohon maaf di atas kesulitan.

English Week

 

3rd WEEK OF THE MONTH AS ENGLISH WEEK IN UTM

We would like to announce that UTM is implementing the following programmes to enhance the use of English among the staff.

All staff of UTM are required to use English regularly in UTM to develop their confidence to communicate with foreigners. This is to provide daily training for UTM staffs besides the formal training programmes offered by Human Capital Department (Registrar Office).

 

The implementation will be effective every 3rd week of every month starting from 13-20 December  2015. Heads of Departments are to ensure that the program is successfully carried out at the department level involving all staff.

 

Your cooperation in ensuring the success of the program is highly appreciated.