YBhg Prof./Dr/Tuan/Puan,
- Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan Dana Penyelidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (DP KPM) di bawah Skim Geran Penyelidikan Jangka Panjang (LRGS) dan Skim Geran Penyelidikan Transdisiplinari (TRGS) Fasa 1/2019 dibuka kepadastaf akademik mulai 1 Mac 2019. Jadual kerja di peringkat UTM adalah seperti berikut:
Pembukaan permohonan ini dilaksanakan secara atas talian menggunakan sistem MyGRANTS yang boleh diakses di pautan https://mygrants.gov.my.
- Permohonan Geran LRGS dan TRGS Fasa 1/2019 dibuka berdasarkan dua belas (12) Call for Proposalsseperti berikut:
BIL | KLUSTER | CALL FOR PROPOSALS | LAMPIRAN |
1
|
Frontier Technologies
& Advanced Manufacturing |
Artificial Intelligence (AI) and Internet of Everything (IOE)
|
1/2019 – A
|
2
|
Frontier Technologies
& Advanced Manufacturing |
Smart Manufacturing
|
1/2019 – B
|
3
|
Basic Infrastructure
|
Developing Affordable and Clean Energy (ACE) Systems | 1/2019 – C
|
4
|
Basic Infrastructure
|
Towards Secure and Sustainable Water Resiliency | 1/2019 – D
|
5
|
Food Safety & Security
|
Enhancing Sustainable Food Security | 1/2019 – E
|
6
|
Health
|
Good Health and Wellbeing of Ageing Population | 1/2019 – F
|
7
|
Health
|
Good Health and Wellbeing of B40 | 1/2019 – G
|
8
|
Education & Knowledgeable Civil Society | Quality Education Provision for Vulnerable Communities
|
1/2019 – H
|
9
|
Education & Knowledgeable Civil Society | Realising Education 4.0 Values Enhancement in Shaping The Future Generation | 1/2019 – I
|
10
|
Social & Economic Wellbeing | Society Free of Drug Abuse
|
1/2019 – J
|
11
|
Social & Economic Wellbeing | Ethnic Harmony
|
1/2019 – K
|
12
|
Social & Economic Wellbeing | Societal Harmony and Aliens in Malaysia | 1/2019 – L
|
3. Setiap permohonan perlu menepati kriteria dan syarat yang ditetapkan seperti berikut:
(i) Permohonan di bawah Geran LRGS hendaklah melibatkan sekurang-kurangnya tiga (3) universiti tempatan dan mestilah bersifat antara disiplin (interdisciplinary); (ii) Permohonan di bawah Geran TRGS hendaklah melibatkan sekurang-kurangnya tiga (3) projek di bawah domain yang berbeza dari universiti yang sama; (iii) Penyelidik boleh mengemukakan maksimum dua (2) permohonan (kertas konsep) sebagai Ketua Program/Ketua Projek bagi geran LRGS dan/atau TRGS Fasa 1/2019. Walau bagaimanapun, penyelidik adalah tidak dibenarkan untuk mengemukakan kertas cadangan penyelidikan (proposal) yang sama bagi kedua-dua skim geran penyelidikan tersebut; (iv) Setiap permohonan (kertas konsep) hendaklah dinilai oleh minimum dua (2) orang penilai di peringkat universiti; (v) Jumlah peruntukan dan tempoh yang dipohon hendaklah menepati ketetapan berikut: a. Siling permohonan LRGS adalah RM3,000,000.00 setahun bagi tempoh tiga (3) hingga lima (5) tahun penyelidikan; b. Siling permohonan TRGS adalah RM1,500,000.00 (tahun pertama tidak melebihi 50% daripada jumlah keseluruhan) bagi tempoh tiga (3) tahun penyelidikan (vi) Kertas cadangan penyelidikan perlu menepati kriteria penyelidikan, berkualiti dan mengikut Garis Panduan Geran LRGS dan TRGS Pindaan Tahun 2019 dan Tadbir Urus yang berkuat kuasa . Bersama-sama ini dilampirkan Garis Panduan Geran LRGS dan TRGS Pindaan Tahun 2019 serta jadual kerja di peringkat UTM untuk makluman dan tindakan Prof./Dr/Tuan/Puan selanjutnya. |
Sebarang pertanyaan Prof./Dr/Tuan/Puan boleh menghubungi Research Manager (RM) atau Assistant Research Manager (ARM) (seperti paparan di RADIS setiap penyelidik) atau Pegawai Penyelidik di Research Alliance masing-masing .
Sekian, terima kasih.
Hartini binti Darsono
Deputy Registrar
Research Management Centre
UTM, Johor Bahru
Tel: 07-5537835
RMC Portal : http://rmc.utm.my
RMC Facebook : http://www.facebook.com/tmcutm
RADIS : http://radis.utm.my/rmc/
RMC Helpdesk : http://rmconline.utm.my/Helpdesk.html