COMMUNITY ENGAGEMENT /DONATION PROGRAM : 1 ITEM 1 PERSON @ 26TH MAY 2016

050516-# 015

050516-# 014

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

YBhg. Prof. / Prof. Madya / Dr. / Tuan / Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak International Student Centre (ISC) akan mengadakan program sepertimana berikut :-

Program : 1 item, 1 person

Tarikh Pengumpulan : 26/5/2016

Masa : 9.30pagi – 5.00petang

Tempat Pengumpulan : Unit ISC, Tingkat 8, Menara Razak, UTMKL

Hasil kutipan akan diberikan kepada Rumah Anak Yatim dan Saudara Baru Shifa bertempat di Setapak, Kuala Lumpur pada 28hb Mei 2016.

Alamat:

No. 5, Lorong Bunga Cina, Taman P. Ramlee, Setapak, 53000 Kuala Lumpur
Tel: 017-3387959
Email: shifa_praktis@yahoo.com

Selari dengan keadaan ekonomi yang makin mencabar, pihak ISC telah mencadangkan senarai barangan keperluan seperti di poster dimana ianya adalah barangan keperluan dan boleh digunapakai oleh semua.  Namun yang demikian, pihak ISC tidak mempunyai sebarang halangan sekiranya ada yang ingin memberikan lain-lain pemberian selain daripada barangan tersenarai mengikut keikhlasan dan kemampuan masing-masing.

Cara sumbangan:

  1. Individu : Sekiranya ingin membuat sumbangan secara individu selain daripada barangan tersenarai boleh hubungi pejabat ISC di talian 0321805207 (Pn. Fazliana).
  2. Kumpulan (Unit) : Walaubagaimanapun, bagi mengelakkan lebihan sumbangan/barangan yang sama pihak ISC mengalakkan agar warga UTM membuat sumbangan secara berkumpulan (mengikut unit) Sebagai contoh : 7 orang staf dari Unit ISC ingin membuat sumbangan Milo paket sederhana bagi setiap staf.  Jumlah sumbangan adalah 7 paket milo sederhana. 

Tarikh penghantaran/pengumpulan barang sumbangan ke kaunter ISC adalah pada 26hb Mei 2016.

Bagi pemberian secara individu atau penghantaran sumbangan ke kaunter ISC, barang sumbangan boleh di hantar ke kaunter ISC, Tingkat 8, Menara Razak, UTM KL sebelum atau pada 26hb Mei 2016.

Namun yang demikian, pihak ISC juga menyediakan khidmat pengumpulan barang sumbangan secara kumpulan / unit sekiranya diperlukan.  Permohonan pengambilan barangan tersebut boleh dibuat melalui email kepada norfazliana@utm.my sebelum 25hb Mei 2016.

Oleh itu, dengan besar hati pihak ISC menjemput dan mengalu-alukan penglibatan seluruh warga UTM dalam membantu meringankan beban mereka dalam membuat persediaan bulan Ramadhan dan Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang tidak lama lagi.

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi pejabat kami di sambungan 5207 / 5199.