Assalamualaikum wbt,
YBhg. Dato/Prof./Dr./Tuan/Puan/Saudara/Saudari,
Sukacita dimaklumkan bahawa Sekretariat Dewan Wanita, Majlis Dakwah Negara (MDN) dengan kerjasama persatuan WANGI UTM Kuala Lumpur dan IKRAM akan mengadakan sesi perkongsian pengalaman Women’s Boat to Gaza bersama DR FAUZIAH MOHD HASSAN seperti ketetapan berikut;
Tarikh : 20 Oktober 2016 [Khamis]
Tempat : Dewan Jumaah, UTMKL
Masa : 9:30 am
Sehubungan dengan itu, YBhg. Dato/Prof./Dr./Tuan/Puan/Saudara/Saudari adalah dijemput untuk turut menjayakan program tersebut di atas. Untuk makluman, Yang Berbahagia Pengarah Kampus telah bersetuju memberi pelepasan pejabat kepada Staf UTMKL yang berkelapangan dan kehadiran akan dicatat sebagai mata CPD di dalam UTMSmile. Sila daftarkan kehadiran kepada naizatulsyima.kl@utm.my atau norainiramli@utm.my sebelum atau pada 18 Oktober 2016. Jamuan akan disediakan.
Sekian, Wassalamu’alaikum wbt.
ZAHARAH BINTI MUSTAFFA
Pengerusi
WANGI UTM Kuala Lumpur
Pensyarah Kanan
Fakulti Tamadun Islam
UTM Kuala Lumpur
Tel: 03- 22031343 / 013 6749627
email: zaharah.kl@utm.my