Gangguan Bekalan Elektrik

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

 

Dimaklumkan gangguan bekalan elektrik berlaku lagi pada jam 11.10 pagi ini yang melibatkan kolej kediaman pelajar antaranya Kolej Tuanku Canselor (KTC), Kolej Tun Hussein Onn (KTHO), Kolej Tun Dr Ismail (KTDI), Kolej Tun Razak (KTR), Kolej Rahman Putra (KRP) dan Kolej Tun Fatimah (KTF).

 

Manakala sebahagian zon Lingkaran Ilmu meliputi Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim (BCSI) dan zon Lingkaram Luar membabitkan Blok F54, Rumah Alumni, Fakulti Kejuruteraan Elektrik, Makmal Aeronautik,  Fakulti Biosains dan Kejuruteraan Perubatan, Fakulti Kejuruteraan Awam dan Fakulti Komputeran.

 

Pihak Pejabat Harta Bina akan melaksanakan ujian kabel antara PE01 dan PE61. Bekalan dijangka akan dapat disalurkan sebelum jam 7.00 malam ini.

 

Sekian, harap maklum.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *