GARISPANDUAN PENGGUNAAN LOGO UTM

Sukacita dimaklumkan Pejabat Hal Ehwal Korporat bertanggungjawab memastikan identiti dan jenama universiti berada pada tahap yang sebaiknya. Oleh yang demikian, semua staf universiti diminta mematuhi peraturan dan garis panduan ini bagi menyeragamkan identiti korporat UTM.
 
Identiti Korporat adalah salah satu komponen imej dalam membentuk strategi berkesan bagi memperkenalkan universiti ke peringkat global.
Logo UTM hendaklah digunakan secara konsisten dalam semua bahan promosi termasuk bahan bercetak dan elektronik. Tanggungjawab
mempromosikan imej korporat secara konsisten adalah tanggungjawab semua warga universiti.
 
Sehubungan ini juga, satu Garis Panduan berkaitan Logo Gandingan dan Panduan Mencipta Logo Gandingan turut dikeluarkan. Ini bagi memastikan tata cara yang betul digunakan untuk menyusun atau mereka cipta logo bagi Kelab, Persatuan, Pusat Penyelidikan Bersekutu, Bahagian dan Unit. 
Dimajukan bersama 3 Garis Panduan yang telah dikemaskini iaitu:

1. Garis Panduan Logo Rasmi (Updates)  1_UPDATES LOGO RASMI UTM (2)
2. Garis Panduan Logo Gandingan UTM  2. GP GANDINGAN
3. Panduan Mereka Cipta Logo Gandingan UTM (Bagi Kelab etc yang ingin mencipta logo sendiri)  3_PANDUAN REKA GP
Sekiranya saudara mempunyai sebarang kemusykilan, boleh berhubung dengan Pegawai pakar kami : Pn Zalawati / Cik Norfarhawa di sambungan tel : 30049 atau datang sendiri ke Pej HEK di Aras 2, BCSI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *