HBP 2016 Booth PKU ( Pemeriksaan Darah untuk Kolestrol dan Gula)

Assalammualaikum, merujuk perkara  di atas,
2. Bersempena Program Hari Bertemu Pelanggan UTM Kuala Lumpur 2016 yang akan diadakan pada 23/11/2016 nanti, Pusat Kesihatan Universiti akan bekerjasama dengan Makmal Gribbles untuk pemeriksaan Glukose dan Kolestrol. Hanya 50 peserta pertama sahaja yang akan diterima.
3. Berhubung perkara di atas, sasaran kami adalah mereka yang tidak pernah menghidap sebarang penyakit berkenaan kolestrol dan diabetes. Peserta yang ingin menyertai  dinasihatkan  untuk  berpuasa bermula pukul 10 mlm 22/10/16.
4. Disamping itu booth Pusat Kesihatan Universiti juga ada menyediakan Pemeriksaan Berat Badan Ideal (BMI), Pemeriksaan Tekanan Darah dan Kaunseling Kesihatan.
Sekian, terima kasih.