Beramal dengan amalan-amalan yang mudah seperti:
1. Sentiasa mengucap tahmid iaitu Alhamdulillah, seperti selepas makan.
2. Memberi salam. Salam itu doa kesejahteraan. Kesejahteraan bermaksud perkara-perkara yang memberi kebaikan di dunia dan di akhirat. Salam itu ialah doa yang sangat khusus dalam Islam untuk umat Islam. Jangan menjawab salam sambil lewa kerana salam ialah doa kesejahteraan pemberi salam kepada kita.
Amalan-amalan harian yang mudah dari hadith-hadith sohih:
1. Mulakan lah setiap hari dengan berselawat ke atas Junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. Jangan ada sehari pun yang dilalui tanpa berselawat.
2. Bacalah Saiyidul Istighfar 3 kali pagi dan petang. اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّى لاَ إِلهَ إِلاَ أَنْتَ ، خَلَقْتَنِى وَ أنَا عَبْدُكَ وَ أنَا عَلَى عَهْدِكَ ما اسْتَطَعْتُ ، أعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِ مَا صَنَعْت ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَىَّ وَ أبُوءُ بِذَنْبى فَاغْفِرْ لِى فإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ – Allahumma anta Rabbi la ilaha illa anta, Anta Khalaqtani wa ana abduka, wa ana ‘ala ahdika wa wa’dika mastata’tu, A’udhu bika min Sharri ma sana’tu, abu’u Laka bini’matika ‘alaiya, wa Abu Laka bidhanbi faghfirli innahu la yaghfiru adhdhunuba illa anta
3. Baca 3 Qul 3 kali pagi dan petang. Insyaallah Allah akan mencukupi segalanya.
4. Bacalah سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ – SubhanAllahi wa biHamdihi, Subhan-Allahi ‘l-`adheem, 100 kali sehari. Baca pagi dan petang dan jangan sehari pun ditingalkan kerana ia adalah bekalan istimewa di padang mahsyar nanti.
5. Jangan tinggalkan بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شيء في الأرض ولا في السماء وهو السميع العليم
BISMILLAHILLAZI LA YADURRU MA’ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SMA’IE, WAHUWAS SAMI’UL ‘ALIM.
Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : “Dengan nama Allah yang tida dimudharatkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui” sebanyak 3 kali, maka ia tudak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membaca ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya” (Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidzi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan – Syeikh Syuaib ; Hasan)
Insyaallah jika diamalkan harian, tiada sesuatu pun yang akan memudharatkannya.
Sekian 🙂