RESEARCH ALLIANCES ROADSHOW – SINERGY 4.0

Berikut merupakan aturcara program di Razak Faculty of Technology and Informatics pada 1 Ogos 2018 :

Masa Agenda
9.00 pagi Sesi taklimat oleh Dekan Research Alliance ( Fokus area, road map & initiative , dll) dan

perbincangan dengan jawatan kuasa pengurusan penyelidikan fakulti

i.   H&W RA – Publication

ii.  IE RA – Research Funding

iii. SDC RA – Innovation & Commercialization

10.00 pagi        Minum pagi

* Mohon bantuan daripada pihak fakulti untuk tempahan makanan

10.20 pagi iv. FM RA – Income Generation

v. RS RA – Branding & Networking

11.00 pagi Sesi dialog bersama semua staff akademi Razak Faculty of Technology and Informatics

 Mohon wakil fakulti untuk mempengerusikan sesi tersebut. Panel terdiri daripada Dekan-dekan RA.

12.00 tengahari Bersurai

Sekian, harap maklum.

Sapiah Binti Sulaiman

Pegawai Penyelidik Kanan

Smart Digital Community Research Alliance

Office of UTM Research Alliances,

2nd Floor, Sultan Ibrahim Chancellory Building,

Universiti Teknologi Malaysia, 81310 Skudai, Johor, MALAYSIA.

Office:6075531026Primary Email: sapiah@utm.my

KLINIK HUKUM ANJURAN PEJABAT MUFTI WP DENGAN KERJASAMA PIUTMKL

Assalamualaikum wmt wbt.

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Masjid UTM Kuala Lumpur akan membuka Klinik Hukum  kepada Jemaah Lelaki seperti maklumat berikut :

                Tarikh : 18 Mei 2018 (Jumaat)

                Masa : 12.45 tghr hingga 1.15 petang

                Tempat : Dewan Solat UTM Kuala Lumpur

Klinik Hukum akan dimulakan dengan Tazkirah Jumaat dan seterusnya  sesi soal jawab bersama Pegawai Agama Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Kepada sesiapa yang ingin mengemukakan  soalan sila mengisi slip soalan yang akan disediakan oleh Pegawai  Agama Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan nanti.

Sokongan dan perhatian anda semua didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian.

PROGRAM SENAMROBIK UTMKL SIRI 4/2018

Assalamualaikum wrt. wbt. dan Salam Sejahtera,

YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Prof. Madya/Dr /Tuan/Puan/Saudara,


Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.
2.  Sukacita dimaklumkan bahawa Program Senamrobik UTMKL Bil. 4/2018 akan diadakan pada ketetapan berikut:
                            Tarikh     : 25 April 2018 (Rabu)
 
                             Masa     : 7.45 pagi – 8.45 pagi
 
                             Tempat : Dataran MJIIT, UTMKL
 
                         TEMA SENAMROBIK : HIJAU
3.  Bagi Program Senamrobik tahun 2018 ini, terdapat 2 anugerah yang akan diberikan iaitu :
             i.  PTJ paling aktif
             ii. Kehadiran individu 100% sepanjang program dijalankan sehingga akhir tahun
4.  Sebagai makluman, kehadiran tuan/puan akan direkodkan dalam UTMSmile. Oleh itu marilah bersama-sama memeriahkan program gaya hidup sihat ini.
 
Sekian.
 
Pejabat Pendaftar
UTM Kuala Lumpur
Jalan Sultan Yahya Petra
54100 W.P Kuala Lumpur
Office: 03-2615 4830 | Fax: 03-2693 4344
Primary Email: registrar.kl@utm.my | Site: http://kl.utm.my/pendaftar