Berikut adalah jemputan dari Suruhanjaya Tenaga. Mohon bagi staf dan pelajar yang berminat, boleh hubungi Pn Sarimah sarimah-s@utm.my seberapa segera. Tempat adalah terhad kepada 7 orang.
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.
- Bhg. Tan Sri / Dato’ Seri / Dato’ / Datuk / Prof / Dr / Tuan / Puan,
JEMPUTAN BAGI MENGHADIRI CERAMAH UMUM “ENERGY SECURITY IN ASIA: GROWING UNCERTAINTIES AND CHALLENGES FOR THE FUTURE”
SURUHANJAYA TENAGA, 4 OKTOBER 2016
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
- Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Suruhanjaya Tenaga dengan kerjasama Institute of Energy Policy and Research (IEPRe) akan menganjurkan ceramah umum seperti ketetapan berikut:
Tajuk : Energy Security In Asia: Growing Uncertainties And Challenges For The Future
Penyampai : Professor Dr. Ken Koyama, International Advisor (Chair in Energy Economics) Energy Commission at IEPRe (UNITEN) and Managing Director of The Institute of Energy Economics, Japan (IEEJ)
Tarikh : 4 Oktober 2016 (Selasa)
Masa : 9.30 pagi
Tempat : Dewan Theatrette, Tingkat 7, Suruhanjaya Tenaga, Putrajaya.
- Sehubungan itu, Suruhanjaya Tenaga dengan sukacitanya ingin menjemput Y. Bhg. Tan Sri / Dato’ Seri / Dato’ / Datuk / Prof / Dr / Tuan / Puan bersama-sama dengan 7 orang pelajar serta pensyarah bagi menghadiri program ini. Mohon kerjasama Y. Bhg. Tan Sri / Dato’ Seri / Dato’ / Datuk / Prof / Dr / Tuan / Puan memaklumkan pengesahan kehadiran kepada sekretariat selewat-lewatnya pada 20 September 2016 (Selasa). Sebarang pertanyaan mengenai perkara di atas pihak Y. Bhg. Tan Sri / Dato’ Seri / Dato’ / Datuk / Prof / Dr / Tuan / Puan bolehlah berhubung dengan pegawai-pegawai berikut:
- i) Norhaiza binti Nordin
Telefon : 03 – 8870 8632
E-mail : norhaiza@st.gov.my
- ii) Noor Hazlina binti Omar
Telefon : 03 – 8870 8633
E-mail : hazlina@st.gov.my
- ii) Maimunah binti Zubir
Telefon : 03 – 8870 8629
E-mail : maimunah@st.gov.my
- Bersama ini dilampirkan agenda dan CV ringkas Professor Ken Koyama untuk rujukan. Kehadiran Y. Bhg. Tan Sri / Dato’ Seri / Dato’ / Datuk / Prof / Dr / Tuan / Puan ke ceramah ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
Zul Azri Hamidon
Jabatan Pembangunan Pengurusan Tenaga dan. Kualiti Perkhidmatan (JPPTKP)
Suruhanjaya Tenaga