JEMPUTAN BENGKEL PENYEDIAAN KERTAS KERJA PERMOHONAN DANA UNIVERSITY COMMUNITY TRANSFORMATION CENTRE (UCTC) 2018

Assalamualaikum & Salam Satu Malaysia,

YBhg. Prof./PM./Dr./Saudara,

 

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

  1. Dimaklumkan Pusat Jaringan Komuniti dan Industri (CCIN) adalah dalam proses mengumpul dan menyaring kertas kerja permohonan Dana UCTC 2018, agar yang terbaik dapat dihantar ke Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) pada penghujung bulan November 2017. Oleh yang demikian, bagi menghasilkan kertas kerja yang memberi impak serta​mengikuti garis panduan NBOS yang telah ditetapkan oleh KPT, satu  bengkel akan di adakan seperti ketetapan yang berikut:​

 

Tarikh             :           9 Oktober 2017 (Isnin)

Masa               :           9.00 pg – 12.00 tgh

Tempat            :           Bilik Latihan Al-Shafie,

Aras G, Bangunan Perpustakaan,

UTM Kuala Lumpur.

 

  1. Sehubungan dengan ini, YBhg. Prof./PM./Dr. adalah dijemput serta dimohon agar dapat menghebahkan kepada warga Akademik yang berminat di bawah tanggungjawab YBhg. Prof./PM./Dr. untuk sama-sama menghadiri bengkel tersebut. Perhatian dan kerjasama yang diberi amatlah dihargai dan diucapkan jutaan terima kasih.

 

Sekian, harap maklum.

inovatif . entrepreneurial . global

 

HAZLY BIN JA’APAR

Center For Community and Industry Network (CCIN)

W18, Aras G, Bangunan PSZ,

Universiti Teknologi Malaysia,

Jalan Sultan Yahya Petra,
54100 Kuala Lumpur, Malaysia.

Office: 03-26154500 | Mobile: 019-3139163
Primary Email: hazly.kl@utm.my