Assalamualaikum Wrt Wbth dan Selamat Sejahtera,
Dipanjangkan jemputan cadangan penyelesaian untuk projek PPRN batch Disember 2016.
———————————————————————–
YBhg. Datuk/ Dato’/ Prof./ Dr./ Tuan / Puan,
Saya dengan segala hormatnya diarah merujuk kepada perkara di atas.
- Terima kasih diucapkan atas komitmen penyelidik-penyelidik daripada institusi YBhg. Datuk/ Dato’/ Prof./ Dr./ Tuan / Puan terhadap inisiatif Public-Private Research Network yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam mewujudkan knowledge-friendly ecosystem di Malaysia, di mana pihak industri yang merupakan pengguna pengetahuan dihubungkan dengan pengeluar pengetahuan iaitu institusi pengajian tinggi (IPT) dan institusi penyelidikan (RI) bagi meningkatkan lagi daya produktiviti negara melalui aktiviti inovasi dan penyelidikan gunaan.
- Bersama-sama ini dikemukakan senarai permasalahan teknologi yang baru bagi kelompok Disember 2016 seperti di Lampiran Adisertakan untuk diedarkan kepada penyelidik-penyelidik bagi mencadangkan penyelesaian teknologi.
- Seterusnya, semua penyelidik yang berminat dan berpotensi memberikan cadangan penyelesaian dijemput menyertai cadangan penyelesaian yang baru dan menghadiri Workshop Demand-Driven Innovation Project by Public-Private Research Network yang akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:
Tarikh | : | 6 & 7 Disember 2016 (Selasa – Rabu)
|
Masa | : | 8.30 pagi hingga 5.00 petang
|
Tempat | : | Unit Keusahawanan & PPRN
Kementerian Pendidikan Tinggi Aras 13, No. 2, Menara 2 Jalan P5/6 Presint 5 62200 WP Putrajaya
|
Agenda | : | Rujuk tentatif jadual seperti di Lampiran B. |
- Penyelidik boleh menghubungi terus syarikat untuk mendapatkan maklumat lanjut bagi penyediaan cadangan penyelesaian. Sukacita sekiranya Pegawai dan penyelidik YBhg. Datuk/ Dato’/ Prof./ Dr./ Tuan / Puan dapat merujuk garis panduan penyertaan seperti di lampiran. Bagi penyelidik yang berminat untuk menyertai bengkel, sila maklumkan kehadiran anda kepada sekretariat PPRN dengan mengisi Registration of Interest (Lampiran PPRN-C3) dan Non-Disclosure Agreement (Lampiran C1) dan mengemukakan maklumbalas kepada sekretariat selewat-lewatnya pada 2 Disember 2016 (Jumaat) melalui emel:pprn@mohe.gov.my atau faks: 03-8870 6900.
Sila klik pautan berikut untuk akses kepada dokumen yang dinyatakan.
* Kertas cadangan lengkap (mengikut format LAMPIRAN C2) hendaklah dikemukakan kepada pihak secretariat sehari selepas pembentangan sebelum 5.00 petang dan pihak sekretariat tidak akan menerima sebarang kertas cadangan selepas daripada waktu tersebut. Setiap ketua penyelidik atau ahli kumpulan perlulah membentangkan dan menghantar cadangan penyelesaian tersebut.
Justeru, kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk/ Dato’/ Prof./ Dr./ Tuan / Puan dalam perkara ini amat dihargai.
—
Prof. Madya Dr. Shukor Abd Razak
Timbalan Pengarah Pengurusan Projek
Pusat Pengurusan Penyelidikan
Universiti Teknologi Malaysia
Tel:(6)07-5537803
Fax:(6)075566177
http://www.rmc.utm.my – RMC Portal
http://www.rmconline.utm.my – RMC Helpdesk
https://radis.utm.my – Research and Development Information System