JEMPUTAN CADANGAN PENYELESAIAN KUMPULAN PERMASALAHAN BARU BAGI WORKSHOP DEMAND-DRIVEN INNOVATION PROJECT BY PUBLIC-PRIVATE RESEARCH NETWORK (PPRN) – Kelompok Januari 2017

Assalamualaikum Wrt Wbth dan Selamat Sejahtera,

 

Dipanjangkan jemputan cadangan penyelesaian untuk projek PPRN batch Januari 2017.

________________________________________________

YBhg. Datuk/ Dato’/ Prof./ Dr./ Tuan / Puan,

 

Saya dengan segala hormatnya diarah merujuk kepada perkara di atas.

 

  1. Terima kasih diucapkan atas komitmen penyelidik-penyelidik daripada institusi YBhg. Datuk/ Dato’/ Prof./ Dr./ Tuan / Puan terhadap inisiatif Public-Private Research Network yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam mewujudkan knowledge-friendly ecosystem di Malaysia, di mana pihak industri yang merupakan pengguna pengetahuan dihubungkan dengan pengeluar pengetahuan iaitu institusi pengajian tinggi (IPT) dan institusi penyelidikan (RI) bagi meningkatkan lagi daya produktiviti negara melalui aktiviti inovasi dan penyelidikan gunaan.

 

  1.         Bersama-sama ini dikemukakan senarai permasalahan teknologi yang baru bagi kelompok Januari 2017seperti di Lampiran A disertakanuntuk diedarkan kepada penyelidik-penyelidik bagi mencadangkan penyelesaian teknologi.

 

  1.         Seterusnya, semua penyelidik yang berminat dan berpotensi memberikan cadangan penyelesaian dijemput menyertai cadangan penyelesaian yang baru dan menghadiri Workshop Demand-Driven Innovation Project by Public-Private Research Network yang akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:

 

Tarikh             :   19 Januari 2017 (Khamis)

Masa              :   8.30 pagi hingga 5.00 petang

Tempat           :    Unit Keusahawanan & PPRN

    Kementerian Pendidikan Tinggi

    Aras 13, No. 2, Menara 2

    Jalan P5/6 Presint 5

    62200 WP Putrajaya

Agenda           :    Rujuk tentatif jadual seperti di Lampiran B.

 

  1. Penyelidik boleh menghubungi terus syarikat untuk mendapatkan maklumat lanjut bagi penyediaan cadangan penyelesaian. Sukacita sekiranya Pegawai dan penyelidik YBhg. Datuk/ Dato’/ Prof./ Dr./ Tuan / Puan dapat merujuk garis panduan penyertaan seperti di lampiran. Bagi penyelidik yang berminat untuk menyertai bengkel, sila maklumkan kehadiran anda kepada sekretariatPPRNdengan mengisi Registration of Interest (Lampiran PPRN-C3) dan Non-Disclosure Agreement (Lampiran C1) dan mengemukakan maklumbalas kepada sekretariat selewat-lewatnya pada selewat-lewatnya pada 17 Januari 2017 (Selasa) melalui emel: pprn@mohe.gov.my atau faks: 03-8870 6900.

 

Sila klik pautan berikut untuk akses kepada dokumen yang dinyatakan.

 

PPRN Batch Jan 2017

 

Kertas cadangan lengkap (mengikut format LAMPIRAN C2) hendaklah dikemukakan kepada pihak sekretariat  sehari selepas pembentangan sebelum 5.00 petang dan pihak sekretariat tidak akan menerima sebarang kertas cadangan selepas daripada waktu tersebut. Setiap ketua penyelidik atau ahli kumpulan perlulah membentangkan dan menghantar cadangan penyelesaian tersebut.

 

Justeru, kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk/ Dato’/ Prof./ Dr./ Tuan / Puan dalam perkara ini amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

Hartini binti Darsono

Timbalan Pendaftar

Pusat Pengurusan Penyelidikan

UTM, Johor Bahru

Tel: 5537837

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *