Salam Sejahtera,
Y Bhg Prof / Prof Madya / Dr / Tuan / Puan,
Dengan hormatnya saya merujuk kepada surat jemputan daripada Y.Bhg Prof Dr Rose Alinda binti Alias, Timbalan Naib Canselor.
- Adalah dimaklumkan bahawa Majlis pelancaran di atas akan diadakan seperti berikut :
Tarikh : 17 November 2016 (Khamis)
Masa : 2.00 petang
Tempat : Dewan Azman Hashim,
Menara Razak,
UTM Kuala Lumpur
- Untuk makluman Y Bhg Prof / Prof Madya / Dr / Tuan / Puan, Program ini adalah salah satu inisiatif untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan graduan. Ia juga adalah salah satu inisiatif di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2015-2025) (Pendidikan Tinggi) bagi meningkatkan penyertaan sektor industri dalam sistem pendidikan negara melalui perkongsian pengalaman dan kepakaran masing-masing.
- Sehubungan dengan itu, semua staf dan Pelajar UTM AIS adalah dijemput hadir dan kehadiran adalah diwajibkan.
Surat jemputan dan aturcara program adalah seperti di lampiran.
Kerjasama Y Bhg Prof / Prof Madya / Dr / Tuan / Puan di dalam hal ini amatlah dihargai.