Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Adalah dimaklumkan bahawa Bahagian ini telah menerima sesalinan makluman daripada pihak Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia (SKUM) berkenaan jemputan untuk menyertai Third Policy Forum of the Strength Through Diversity Series: “Learning from Data” yang akan berlangsung pada 12 – 13 Februari 2018 bertempat di Ibu Pejabat OECD, Paris.
3. Antara agenda Forum Polisi tersebut adalah:
1. identify existing data sources on education, migration and displacement;
2. highlight data and measurement aspects that require urgent attention to improve the understanding of social phenomena;
3. examine innovative practices in data and measurement to effectively approach aspects of the migration/displacement-education relationship; and
4. propose recommendations and guidelines on questionnaire items for key areas of interventions in data and measurement tools for the migration/displacement education relationship, including for making progress towards monitoring SDG.
4. Untuk mendapatkan maklumat selanjutnya berkenaan Forum Polisi ini, pihak Tuan/ Puan boleh menghubungi pegawai-pegawai berikut:
1. Ms. Diana Tramontano (diana.tramontano@oecd.org<mailto:diana.tramontano@oecd.org>) dari Sekretariat OECD berkenaan hal logistik;
2. Ms. Lucie Cerna (lucie.cerna@oecd.org<mailto:lucie.cerna@oecd.org>) dari Sekretariat OECD dan Ms. Leila Loupis (l.loupis@unesco.org<mailto:l.loupis@unesco.org>) dari Sekretariat UNESCO berkenaan lain-lain maklumat.
Peserta adalah turut bertanggungjawab ke atas semua urusan penginapan dan penerbangan bagi penyertaan mereka. Sesalinan hotel penginapan berdekatan boleh diakses di https://www.oecd.org/site/conferencecentre/hotels-list.pdf.
5. Sehubungan dengan itu, kerjasama pihak YBhg. Tan Sri/Datuk Seri/Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan adalah dipohon untuk menyebarluaskan makluman tersebut di Jabatan/Institusi/Agensi masing-masing. Bersama-sama ini dilampirkan sesalinan surat jemputan daripada pihak OECD dan UNESCO bertarikh 8 Disember 2017 untuk perhatian dan rujukan YBhg. Tan Sri/Datuk Seri/Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan jua.
6. Semua permohonan hendaklah dipohon secara terus kepada OECD Events Management System (EMS) selewat-lewatnya sebelum atau pada 15 Januari 2018 (Isnin). Setelah pendaftaran diterima, peserta akan dibekalkan dengan perincian agenda, bahan-bahan forum serta maklumat penginapan dan pengangkutan dalam masa yang terdekat kelak.
Perhatian dan kerjasama pihak YBhg. Tan Sri/Datuk Seri/Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
Office of Deputy Vice Chancellor (Academic & International)