KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN 2016 / CUSTOMER SATISFACTION INDEX 2016

As Salam & Salam Sejahtera,
YBhg Prof/Saudara,

Emel kami pada 11, 20, 29 September dan 12 Oktober 2016 adalah berkaitan. Terima kasih kepada mereka yang telah menjawab kajian ini.

Kajian ini adalah penting bagi mempertingkatkan lagi sistem penyampaian awam yang berkesan dalam membina kepercayaan pelanggan dan seterusnya mencapai sasaran Universiti dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan.

Mohon YBhg Prof/Saudara meluangkan sedikit masa untuk menjawab kajian ini di pautan di bawah. Kaji selidik ini boleh dibuat berulang kali untuk menilai PTJ/Fakulti yang berlainan (boleh menilai lebih daripada satu PTJ /unit yang Y. Bhg Prof / saudara pernah berurusan). 

Versi  BAHASA INGGERIS  :

http://www.utm.my/survey-english-2016

Versi BAHASA MALAYSIA  :

http://www.utm.my/survey-malay-2016

Kami juga memohon kerjasama dan bantuan daripada semua PTJ / fakulti  untuk menyebarluaskan kajian ini kepada para pelanggan PTJ / Fakulti masing-masing seperti para mahasiswa (PG & UG), pembekal, alumni dsbnya.

Kajian ini dibuka  sehingga 10  November, 2016. 

Penglibatan semua di dalam kajian tahap kepuasan pelanggan(CSI) ini  ini amatlah dihargai.

**Nota :   Untuk makluman analisis dapatan kajian mengikut PTJ/Fakulti bagi tahun 2015, telah kami kongsikan bersama ketua-ketua PTJ / Fakulti untuk makluman dan tindakan masing-masing.