Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh & Salam Sejahtera
YBhg. Tan Sri/Datuk/Datuk Seri/Puan Sri/Datin/Prof./Prof. Madya/Dr./Ir./Sr./Ar./Saudara,
Dengan segala hormatnya saya ingin menarik perhatian YBhg. Tan Sri/Datuk/Datuk Seri/Puan Sri/Datin/Prof./Prof. Madya/Dr./Ir./Sr./Ar./Saudara berhubung perkara berikut.
Kerja-kerja Menaiktaraf dan Pelebaran Jalan Di Sepanjang Jalan Sultan Yahya Petra (Jalan Semarak) bermula dari persimpangan Jalan Tun Razak sehingga susur keluar ke Lebuhraya Damansara-Ulu Kelang (DUKE) oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
- Ia melibatkan kawasan kampus di sepanjang Jalan Sultan Yahya Petra (Jalan Semarak);
- Tempoh mula kerja adalah pada 19 September 2016 dan dijangka siap pada Disember 2017;
- Susulan itu, semua staf/mahasiswa tidak dibenarkan untuk memarkir kenderaan di sepanjang kawasan parkir yang terlibat manakala bagi mahasiswa yang menggunakan perkhidmatan bas untuk ke kampus, dikehendaki untuk menaiki dan menuruni bas di Pintu Maktab 5 (Pintu Belakang) bagi memberi laluan kepada kerja-kerja menaiktaraf dan pelebaran jalan ini.
Justeru itu, pejabat ini memohon kerjasama dan perhatian semua pihak untuk mengambil maklum akan perkara ini. Segala kesulitan amatlah dikesali.
Perhatian dan kerjasama semua amatlah dihargai dan didahului dengan ribuan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
Regards,
MUNIRA BINTI MOHAMED ROZNAN
MUNIRA BINTI MOHAMED ROZNAN
Assistant Registrar
OFFICE OF ASSET AND DEVELOPMENT
Universiti Teknologi Malaysia
Jalan Sultan Yahya Petra
54100 Kuala Lumpur
Tel. : (+603)-2615 4812 | Fax : (+603)-2691 0737