Assalamualaikum wmt wbt.
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Masjid UTM Kuala Lumpur akan membuka Klinik Hukum kepada Jemaah Lelaki seperti maklumat berikut :
Tarikh : 18 Mei 2018 (Jumaat)
Masa : 12.45 tghr hingga 1.15 petang
Tempat : Dewan Solat UTM Kuala Lumpur
Klinik Hukum akan dimulakan dengan Tazkirah Jumaat dan seterusnya sesi soal jawab bersama Pegawai Agama Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Kepada sesiapa yang ingin mengemukakan soalan sila mengisi slip soalan yang akan disediakan oleh Pegawai Agama Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan nanti.
Sokongan dan perhatian anda semua didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian.