Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
Sukacitanya, seluruh warga Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur (UTM KL) dijemput hadir ke Majlis ‘Kopi of Change : Sharing Session with DVCRI’ yang akan diadakan pada 17 Februari 2016 (Rabu) bertempat di Dewan Utama, Menara Razak, UTM KL.
Atur cara:
9.00 pagi : Staf mengambil tempat
9.15 pagi : Ketibaan YBhg. Prof. Dr. Ahmad Fauzi bin Ismail, Timb. Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi)
: Nyanyian lagu Negaraku
: Bacaan doa
: Ucapan oleh YBhg. Prof. Dr. Ahmad Fauzi bin Ismail
: Sesi Pelancaran Pusat Penyelidikan dan Inovasi UTM KL
: Lagu Keunggulan Terbilang
: Bersurai
Seluruh warga UTM KL dengan segala hormatnya dijemput hadir ke Majlis ini. Segala sokongan dan komitmen YBhg. Tan Sri/Datuk/Datuk Seri/Puan Sri/Datin/Prof./Prof. Madya/Dr./Ir./Sr./Ar./saudara untuk hadir amatlah dihargai.
Sekian dimaklumkan.
Office of Corporate Affairs
Level 16, Menara Razak
Universiti Teknologi Malaysia
Jalan Sultan Yahya Petra
54100 Kuala Lumpur
Office:+(6)03-2180 5127 | Fax: +(6)03-2180 5602
Primary Email: hek.kl@utm.my | Site: http://corporateaffairs.utm.my/kl