FRGS
2. Pihak Kementerian akan memberi pertimbangan kepada projek-projek penyelidikan FRGS Fasa 1/2016 berdasarkan kriteria-kriteria berikut:-
(i) kertas cadangan projek penyelidikan yang menepati kriteria penyelidikan fundamental, berkualiti dan mengikut Garis Panduan FRGS (pindaan 2016);
(ii) jumlah peruntukan projek penyelidikan yang dipohon tidak boleh melebihi siling yang ditetapkan dengan tempoh penyelidikan tidak melebihi tiga (3) tahun;
(iii) setiap Ketua Penyelidik hanya boleh mengemukakan satu (1) permohonan projek penyelidikan;
(iv) permohonan baru bagi mereka yang telah diluluskan geran FRGS dengan bukti tahap selesai projek pada kadar 75% (laporan prestasi yang disokong oleh pihak RMC perlu dimuat naik dalam sistem MyGRANTS);