PEKELILING AKADEMIK BIL. 12/2020 KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEMESTER I SESI 2020/2021

YBhg. Dato’/ Prof./ Dr./ Tuan / Puan / Cik

PEKELILING AKADEMIK BIL. 12/2020

KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEMESTER I SESI 2020/2021

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Mesyuarat Senat Universiti Bil.2/2020 bertarikh 25 November 2020 telah meluluskan Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran yang akan dilaksanakan pada Semester I Sesi 2020/2021 berdasarkan situasi Pandemik COVID-19 dalam negara dan pengumuman Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada 7 November 2020 seperti berikut:

i.              Semua kursus pra dan pasca siswazah yang melibatkan kuliah perlu dijalankan secara dalam talian.

ii.             Kursus yang melibatkan Latihan Industri perlu mengikut ketetapan jenis kehadiran ke tempat latihan daripada industri.

iii.            Kursus yang melibatkan makmal, studio dan praktikal perlu dilaksanakan secara dalam talian. Pertemuan secara bersemuka dibenarkan bermula 1 Januari 2021 tertakluk kepada pengumuman semasa Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Pengajian Tinggi.

iv.           Kursus yang melibatkan pembelajaran servis perlu dilaksanakan sepenuhnya secara dalam talian.

v.             Semua bentuk pentaksiran samada formatif atau sumatif perlu dilaksanakan secara dalam talian. 

Sekian, harap maklum.

Office of Deputy Vice Chancellor (Academic & International)Sultan Ibrahim Chancellery BuildingUniversiti Teknologi Malaysia81310 UTM Johor Bahru, Johor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *