Pekeliling Pentadbiran Bil.30/2016: PENILAIAN PRESTASI STAF SECARA DALAM TALIAN (ONLINE) TAHUN 2016 (e-LPPT/e-LNPT 360°/ e-LNPT)

Pekeliling Pentadbiran Bil.30/2016:

PENILAIAN PRESTASI STAF SECARA DALAM TALIAN (ONLINE) TAHUN 2016 (e-LPPT/e-LNPT 360°/ e-LNPT)

Adalah dimaklumkan bahawa Penilaian Prestasi Staf UTM bagi Tahun 2016 akan dilaksanakan melalui sistem dan jadual berikut:-

  1. a) e-LPPT– Penilaian Prestasi Secara Dalam Talian untuk Staf Akademik.
  2. b) e-LNPT 360° – Penilaian Prestasi Secara Dalam Talian untuk Staf Kumpulan  Pengurusan & Profesional (Gred 41 hingga Gred 54).
  3. c) e-LNPT– Penilaian Prestasi Secara Dalam Talian untuk Staf Kumpulan Pelaksana Gred 40 dan ke bawah (termasuk jawatan Tutor Gred DA41).
TARIKH TINDAKAN
1 Oktober 2016 hingga

30 Oktober 2016

Mengenalpasti klasifikasi  kelayakan pengisian borang Laporan Penilaian Prestasi Tahunan PYD/Pegawai Penilai oleh Pengurusan Sumber Manusia (PSM) Pusat Tanggungjawab (PTJ).
 

1 November 2016 hingga

30 November 2016

 

Pemakluman pelantikan Pegawai Penilai dan klasifikasi kepada PYD/PPP/PPK (termasuk urusan pindaan klasifikasi).
1 Disember 2016

hingga

31 Disember 2016

Pengisian borang Laporan Penilaian Prestasi Tahunan dan pengisian pencapaian kerja sebenar tahun 2016 (Sasaran Kerja Tahunan (SKT)) / Key Amal Indicator (KAI)) secara online oleh PYD.
1 Januari 2017

hingga

14 Januari 2017

a)    Pengesahan maklumat penerbitan oleh Perpustakaan dan webometric oleh Pejabat Hal Ehwal Korporat (Unit Pembangunan Web) (eLPPT).

b)    Penilaian dan pengisian markah 3600 oleh Pegawai Penilai Rakan Sekerja (PPR) dan Pegawai Penilai Subordinat (PPS)(eLNPT 3600).

15 Januari 2017

hingga

4 Februari 2017

a)    Penilaian dan pengisian markah oleh Pegawai Penilai Pertama (PPP).

b)    Pemakluman markah oleh PPP kepada PYD.

5 Februari 2017

hingga

11 Februari 2017

a)    Pengesahan / rayuan / pembetulan markah oleh PYD.

b)    Semakan status penilaian PPP oleh PSM PTJ.

12 Februari 2017

hingga

3 Mac 2016

Penilaian dan pengisian markah oleh Pegawai Penilai Kedua (PPK).
4 Mac 2017

hingga

10 Mac 2017

Semakan status penilaian PYD, PPP, PPR dan PPS oleh PSM PTJ.
Mac 2017 a)    Mesyuarat Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) PTJ.

b)    Penyediaan dan penghantaran maklumat untuk PPSM Universiti.

Mac / April 2017 Mesyuarat Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) Universiti.

Kerjasama daripada semua pihak amatlah diperlukan bagi keseragaman tempoh penyelesaian proses keputusan markah bagi memudahkan beberapa urusan penting seperti kenaikan gaji tahunan, kenaikan pangkat, temuduga, pengesahan jawatan dan sebagainya.

Sila ambil perhatian bahawa semua staf tidak dikecualikan e-LPPT/ e-LNPT 360°/ e-LNPT  termasuk juga bagi staf yang telah berada di tahap mata gaji maksimum dan sebagainya. Kegagalan staf mengisi borang dan menyediakan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) boleh dikenakan tindakan.

Tindakan juga akan dikenakan kepada mana-mana PPP/PPK/PPR/PPS yang gagal menyelesaikan penilaian yang dipertanggungjawabkan.

Sekian, dimaklumkan.

Sumber:

Seksyen Perkhidmatan,
Bahagian Sumber Manusia,

Pejabat Pendaftar

:: klik sini untuk senarai pekeliling terdahulu ::

 

Nor Qamariah binti Othman

Penolong Pendaftar / Assistant Registrar

Bahagian Pengurusan Organisasi / Organisational Management Division,

Pejabat Pendaftar / Office of the Registrar,

Universiti Teknologi Malaysia,

81310 Johor Bahru, Johor.

Office:07-5530051  I  Fax: 07-5545755

Primary Email: norqamariah@utm.my   Site: http://registrar.utm.my

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *