PELANJUTAN TARIKH PERMOHONAN PROGRAM AKRAB CARE (RAKAN PEMBIMBING PERKHIDMATAN AWAM)

poster-akrab-lanjutan

borang-akrab-care

 

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

 

  1. Bhg. Tan Sri / Datuk / Dato’/ Prof / Dr / Saudara,

 

 

Perkara di atas adalah dirujuk.

 

  1. Pihak Universiti Teknologi Malaysia melalui Bahagian Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar sedang mencari CALON – CALON bagi menyertai AKRAB Care (Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam).  AKRAB Care berperanan sebagai rakan pembimbing yang akan membantu rakan sekerjadengan menggunakan kemahiran psikologi dan elemen kaunseling, menjadi sumber rujukan dan perkongsian berkaitan pembangunan kerjaya, memberi maklumat, sokongan sosial dan moral.

 

  1. Kriteria – kriteria yang diperlukan sebagai AKRAB Careadalah seperti berikut:

 

a) Markah Penilaian Prestasi 85% Bermula 2013 Hingga 2015
b) Terbuka kepada Staf Akademik & Staf Pengurusan Profesional dan Pelaksana (PPP)
c) Daripada Pelbagai Gred & Skim
d) Bersedia Membantu
e) Personaliti Menarik, Senang dan Selesa Didampingi
f) Mempunyai Nilai Empati
g) Pendengar yang Baik
h) Mudah Diajak Berbincang
i) Menunjukkan Teladan Yang Baik
j) Kualiti Peribadi Yang Baik, Berdisiplin, Berintergriti, Berkeupayaan Memimpin, Kemahiran Komunikasi dan Interpersonal serta Bersedia Melakukan Kerja – Kerja Sukarela

 

Tarikh tutup permohonan : 15 September 2016 22 September 2016 (KHAMIS)

 

* Staf UTM yang menyertai AKRAB Care akan diberi LATIHAN dan mendapat SIJIL daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

  1. Sehubungan dengan itu, kepada mana – mana warga UTM yang berminat untuk menyertai AKRAB Care, boleh mendapatkan borang permohonan seperti di LAMPIRANatau  di  http://registrar.utm.my/counseling/perkhidmatan/akrab-care/ dan  mengemukakan permohonan yang lengkap  kepada:

 

Timbalan Pendaftar,

Seksyen Perkhidmatan,

Bahagian Sumber Manusia,

Pejabat Pendaftar.

 

  1. Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah berhubung dengan Siti Noraishah Mohammad Ramlan (07-5531223) atau Puan Suzanah binti Ibrahim (07-5531159).

 

 

 

Terima Kasih/ Thank You

innovative.entrepreneurial.global

 

SITI NORAISHAH BINTI MOHAMMAD RAMLAN

Pegawai Psikologi

Unit Kaunseling Staf

Seksyen Perkhidmatan

Bahagian Sumber Manusia

Pejabat Pendaftar

Universiti Teknologi Malaysia

81310, UTM Skudai, Malaysia

Tel: +607-5531223

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *