Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Dimaklumkan bahawa KPT telah memperkenalkan Anugerah Inovasi Kementerian Pendidikan Tinggi (AIKPT) sebagai salah satu pengiktirafan kepada hasil Inovasi yang dibuat oleh Bahagian/Jabatan/Agensi/Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) di bawah KPT dan sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Sebanyak empat (4) kategori akan dipertandingkan dalam AIKPT 2015 iaitu seperti berikut:
- Inovasi Sosial – terbuka kepada Bahagian/Jabatan/Agensi di bawah KPT, Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti, Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM);
- Inovasi dalam Pengurusan Universiti – terbuka kepada Universiti Awam sahaja;
- Inovasi dalam TVET – terbuka kepada Politeknik dan Kolej Komuniti sahaja; dan
- Inovasi dalam Pengurusan Sekolah – terbuka kepada Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah di bawah KPM sahaja.
Sehubungan dengan itu, pihak CCIN ingin mempelawa semua Pusat Tanggungjawab untuk mencalonkan projek/hasil inovasi untuk menyertai anugerah ini bagi kategori Inovasi Sosial.
YBhg. Prof./Prof. Madya/Dr./Saudara boleh memuat turun Garis Panduan dan Borang Penyertaan AIKPT 2015 di portal KPT (www.mohe.gov.my). Dipohon pihak YBhg. Prof./Prof. Madya/Dr./Saudara untuk memahami dan meneliti setiap syarat-syarat penyertaan yang ditetapkan sebelum mengemukakan pencalonan AIKPT 2015 kepada pihak CCIN. Kerjasama pihak YBhg. Prof./Prof. Madya/Dr./Saudara adalah dipohon untuk mengemukakan dokumen yang telah lengkap ke pejabat CCIN selewat-lewatnya pada 10 November 2015 untuk tujuan penyelarasan.
—
NORLIA ISNIN
Assistant Registrar
Centre for Community and Industry Network (CCIN)
Office of the Deputy Vice-Chancellor (Development)
UTM Skudai, Johor
Tel: 07 55 37819 (Ext. 37819)
Fax: 07 55 37630