PENANGGUHAN OPERASI PKU UTMKL PADA 23 DISEMBER 2020 (RABU) BERMULA JAM 2.00 PETANG

Assalamualaikum wrtwbtdan Salam Sejahtera,
 
YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Prof. Madya/Dr /Tuan/Puan/Saudara,
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk,  

Dimaklumkan bahawa Operasi Perkhidmatan Pesakit Luar Pusat Kesihatan, UTM Kuala Lumpur  DITANGGUHKAN SEMENTARA pada 23 DISEMBER 2020 (RABU) Dari jam 2.00 petang sehingga 5.00 petang. Penangguhan perkhidmatan ini adalah bertujuan untuk pelaksanaan kerja-kerja sanitasi dan nyahcemar di bangunan PKU.

Namun begitu, untuk perkhidmatan pesakit luar, warga Universiti boleh mendapatkan rawatan di klinik – klinik panel yang lain.
 

Sebarang kes kecemasan, sila hubungi staf bertugas PN. ZAINAB BINTI RAMZAN ditalian 012-7293492. Harap maaf di atas kesulitan. 


Sekian, terima kasih.