PENGHANTARAN LAPORAN PEMANTAUAN DANA PENYELIDIKAN FRGS, PRGS, ERGS, TRGS, LRGS, NRGS, FRGS TOP-DOWN DAN RAGS BIL.2/2016

Assalamua’laikum w.b.t dan salam sejahtera,
Dimaklumkan pihak Kementerian Pendidikan Tinggi akan menjalankan proses pemantauan Bil. 2/2016 terhadap prestasi projek-projek penyelidikan yang telah diperakukan di bawah skim FRGS, PRGS, ERGS, LRGS, NRGS, FRGS Top-Down dan RAGS. Laporan prestasi dan kewangan projek penyelidikan perlu di hantar secara atas talian menggunakan portal MyGRANTS dengan melayari laman web https://mygrants.gov.my bagi geran-geran berikut:

1. Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) Fasa 1/2013 sehingga Fasa 1/2015
2. Skim Geran Penyelidikan Prototaip (PRGS) Fasa 1/2013 sehingga Fasa 1/2015
3. Skim Geran Penyelidikan Eksploratori (ERGS) Fasa 1/2013
4. Skim Geran penyelidikan Trans-Disiplinari (TRGS) Fasa 1/2013 sehingga Fasa 1/2015
5. Dana Pembudayaan Penyelidikan (RAGS) tahun 2013 sehingga 2014

Bagi geran LRGS, NRGS dan FRGS Top-Down penyelidik dipohon untuk mengisi borang secara manual dan menghantar borang laporan prestasi dan kewangan projek/program penyelidikan yang lengkap sebagaimana berikut:

1. Skim Geran Penyelidikan Jangka Panjang (LRGS) Fasa 1/2011 sehingga Fasa 2/2014
2. Skim Geran Penyelidikan Nic (NRGS) Tahun 2013
3. Skim Geran penyelidikan Fundamental Top-Down (FRGS Top-Down) Tahun 2013 sehingga 2014
Setiap laporan projek/program penyelidikan perlu dikemukakan borang-borang pemantauan mengikut geran penyelidikan masing-masing yang terdiri daripada Borang – P1 (R) iaitu:
1. Laporan Prestasi Projek/Program (Progress Report)
2. Bagi projek yang telah tamat diisi pada Borang P3 (R)

Penyelidik juga diminta untuk melengkapkan laporan kemajuan (Progress Report) dan akhir (End Report) dalam sistem RADIS. Semua laporan pemantauan perlu diselesaikan sebelum atau pada 7 Ogos 2016 bagi membolehkan pihak RMC majukan kepada KPT mengikut tarikh yang ditetapkan.

Kegagalan mengemukakan laporan pemantauan mengikut tarikh yang ditetapkan boleh menyebabkan permohonan geran KPT dari ketua-ketua projek terbabit tidak akan diproses.
Berikut merupakan pautan bagi  senarai geran yang terlibat dalam proses pemantauan tersebut serta Borang-P1(R) dan Borang-P3(R) serta User Manual Monitoring – Researcher. Penyelidik yang masih belum menghantar laporan kemajuan/akhir diminta untuk menghantar laporan yang diperlukan mengikut tempoh yang telah ditetapkan.

ERGS : https://drive.google.com/open?id=0By7vxb2Y2MtzbU5fR09RU2IxOTA

FRGS : https://drive.google.com/open?id=0By7vxb2Y2MtzbTkzRkZBUXVhaFU

FRGS TOP DOWN :  https://drive.google.com/open?id=0By7vxb2Y2MtzdmkzRUlsY0NWQW8

LRGS : https://drive.google.com/open?id=0By7vxb2Y2MtzSmpNUW9iU2NhTm8

PRGS : https://drive.google.com/open?id=0By7vxb2Y2MtzOXZZSXRULWM2QWc

TRGS : https://drive.google.com/open?id=0By7vxb2Y2MtzZGM3X1czd3o1ZU0

user manual mygrants : https://drive.google.com/open?id=0By7vxb2Y2MtzbF8xajVHTC1IaFE

Sebarang pertanyaan berhubung penggunaan sistem MyGRANTS sila hubungi:
1. Urusetia FRGS – 03-88706974/frgsbpki@gmail.com
2. Urusetia PRGS – 03-88706974/prgsbpki@gmail.com
3. Urusetia ERGS/TRGS/RAGS – 03-88706973/6972 rndbpki@gmail.com
4. Urusetia LRGS – 03-88706974/ 6972 lrgsbpki@gmail.com
5. Urusetia NRGS – 03-88706974/ 6972 nrgsbpki@gmail.com
6. Helpdesk MyGRANTS – 012-6200825 (Qayyuum)/010-2252532 (Jason)/ helpdesk@mygrants.gov.my

Sebarang pertanyaan berhubung pemantauan di peringkat RMC UTM sila hubungi:
1. En. Amirul Shahrin – 37883
2. Pn. Nur Illani – 37873
3. Cik Azizah – 37830

Sekian, terima kasih.

Prof. Madya Dr. Shukor Abd Razak

Timbalan Pengarah Pengurusan Projek
Pusat Pengurusan Penyelidikan
Universiti Teknologi Malaysia
Tel:(6)07-5537803
Fax:(6)075566177
http://www.rmc.utm.my – RMC Portal
https://radis.utm.my – Research and Development Information System

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *