PENUTUPAN SISTEM UNIVERSITI DAN CAPAIAN RANGKAIAN KAMPUS JB DISEBABKAN PENUTUPAN BEKALAN ELEKTRIK
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,
Emel daripada Pejabat Harta Bina berkaitan penutupan bekalan elektrik di beberapa lokasi UTM bagi memberi laluan kepada kerja-kerja di pencawang elektrik bagi pembangunan projek Pusat Data UTM adalah dirujuk.
Oleh yang demikian, kesemua sistem universiti yang ditempatkan di Pusat Data UTM dan capaian rangkaian di kampus JB akan di tutup sementara waktu bagi memberi laluan kepada aktiviti ini pada :
Tarikh : 11 November 2017 (Sabtu)
Masa : 7:00 pagi – 10:00 mlm
Diminta semua pengguna dapat merancang aktiviti penggunaan perkhidmatan ICT dengan mengambil kira penutupan sistem ini.
Penutupan sementara ini amatlah perlu untuk meningkatkan tahap kemudahan dan perkhidmatan ICT di masa hadapan.
Segala kesulitan amat dikesali.
Harap maklum. Terima kasih.
Pengurusan Perhubungan Pelanggan (CRM),
Pusat Teknologi Maklumat & Komunikasi.
Universiti Teknologi Malaysia.
HUBUNGI KAMI Sistem Aduan : http://aduan.cict.utm.my | Emel : aduit@utm.my | No telefon : 07-5532136