Peringatan Menghadapi Jerebu untuk Warga UTM Kuala Lumpur Inbox

Assalammualaikum.wrt.wbt & Salam Sejahtera,

 
YBrs.Prof/ Prof.Madya/ Dr./ Saudara,
Seperti sedia maklum, pihak Jabatan Meteorologi Malaysia  telah menasihati orang ramai agar mengambil langkah berjaga-jaga dalam menghadapi keadaan jerebu.
Sehubungan dengan itu, Unit OSHE UTM Kuala Lumpur  menyarankan agar akitiviti luar untuk warga UTM (staf dan pelajar) tidak dijalankan sehingga keadaan cuaca kembali normal. Untuk makluman, bacaan IPU pada masa e-mel ini dihantar adalah melebihi 150  dan status ini tidak sihat untuk sebarang aktiviti luar.
Mohon kerjasama semua dapat memaklumkan kepada staf dan pelajar di bawah tanggungjawab masing – masing agar mematuhi saranan ini. Jika ada sebarang masalah penafasan atau kesihatan sila rujuk ke Pusat Kesihatan Universiti dengan segera.
Sekian, terima kasih.
Unit Persekitaran, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan(OSHE)
Universiti Teknologi Malaysia
Jalan Sultan Yahya Petra
54100 Kuala Lumpur
Tel : 03-2615 4927/4667
Email : oshe.kl@utm.my