Peringatan mesra:Majlis Amanat Tahun Baharu 2017 bersama YBhg Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) di UTM Kuala Lumpur

Assalammualaikum.wrt.wbt. & Salam Sejahtera

YBhg. Prof./Saudara,

Dengan segala hormatnya saya ingin menarik perhatian YBhg Prof / sdr mengenai perkara di atas.

  1. Dengan hormatnya YBhg Prof /Saudara dengan sukacitanya adalah dijemput hadir ke Majlis Amanat Tahun Baharu 2017 Y.Bhg Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Bersama Warga Kerja Penyelidikan dan InovasiUTM Kuala Lumpur yang akan diadakan seperti butiran berikut:

 

Tarikh : 16 Februari 2017 (Khamis)

Masa : 2.30 petang

Tempat : Dewan Azman Hashim, UTM Kuala Lumpur

Atur cara:


2.00 petang    :     Staf mengambil tempat
2.15 petang    :     Ketibaan Pegawai Kanan Universiti

Ketibaan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), YBhg. Prof.

Dr. Ahmad Fauzi bin Ismail
:     Nyanyian lagu Negaraku
:     Bacaan doa
:     Amanat Tahun Baharu oleh YBhg. Prof. Dr. Ahmad Fauzi bin Ismail

:     Penyerahan KPI kepada Dekan Fakulti, Pengarah HICOE dan Pengarah COE

:     Lagu Keunggulan Terbilang

:     Bersurai

 

  1. Justeru,  dengan segala hormatnya  kerjasama daripada semua Dekan / Pengarah Kanan/ Pengarah  adalah diharapkan untuk menggalakkan staf di bawah PTJ masing-masing untuk hadir ke majlis ini.Antara perkongsian yang akan disampaikan adalah berkenaan pembentangan halatuju Universiti dalam penyelidikan dan inovasi bagi tahun 2017.

Sekian semoga sesi ini dapat memberi inspirasi untuk kita semua berkhidmat dengan lebih ikhlas dan dedikasi pada tahun 2017 ini.


*Kehadiran staf akan diambil kira sebagai mata CPD di dalam UTMSMILE

Sekian, terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *