Selamat Sejahtera,
YBhg. Tan Sri/Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan,
Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.
- Sukacita dimaklumkan bahawa atas kepentingan perkhidmatan dan keprihatinan pihak pengurusan Universiti terhadap kebajikan staf di UTM Kuala Lumpur (UTMKL), pada 31 Mei 2016 pihak YBhg. Naib Canselor telah bersetuju dengan cadangan pindaan waktu bekerja staf di UTM Kuala Lumpur supaya staf dapat pulang 30 minit lebih awal sepanjang bulan Ramadan 1437H/ 2016M. Pindaan waktu tersebut adalah mulai 6 Jun 2016 hingga 5 Julai 2016 seperti berikut:
Waktu Berperingkat (WP) | Hari | Waktu Bekerja | Waktu Rehat | Waktu Bekerja |
WP1 | Isnin-Khamis | 7.30 pagi – 1.30 petang | 1.30 petang – 2.00 petang | 2.00 petang – 4.00 petang |
Jumaat | 7.30 pagi – 12.30 petang | 12.30 petang – 2.30 petang | 2.30 petang – 4.00 petang | |
WP2 | Isnin-Khamis | 8.00 pagi – 1.30 petang | 1.30 petang – 2.00 petang | 2.00 petang – 4.30 petang |
Jumaat | 8.00 pagi – 12.30 petang | 12.30 petang – 2.30 petang | 2.30 petang – 4.30 petang | |
WP3 | Isnin-Khamis | 8.30 pagi – 1.30 petang | 1.30 petang – 2.00 petang | 2.00 petang – 5.00 petang |
Jumaat | 8.30 pagi – 12.30 petang | 12.30 petang – 2.30 petang | 2.30 petang – 5.00 petang |
- Pindaan waktu ini akan melibatkan staf UTMKL dapat pulang 30 minit lebih awal dengan waktu rehat setiap staf akan dipendekkan dari 1 jam kepada 30 minit sahaja. Pindaan waktu ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat seperti berikut :
- a) Waktu bekerja ini adalah terpakai untuk bulan Ramadan 1437 H/2016 sahaja;
b) Waktu bekerja ini berkuat kuasa mulai mulai 6 Jun 2016 (1 Ramadan 1437H) dan akan tamat pada hari terakhir bulan Ramadan 1437H/2016;
c) Mana-mana Ketua Jabatan adalah dibenarkan untuk mengarahkan staf masing-masing untuk bertugas selepas waktu bekerja yang dipinda ini untuk
kepentingan Universiti; dan
d) Waktu bekerja ini hendaklah tidak menjejaskan jumlah waktu bekerja iaitu 40 jam seminggu seperti yang telah ditetapkan oleh Kerajaan. - Bagi memastikan pindaan waktu bekerja ini tidak menjejaskan sistem penyampaian perkhidmatan, semua ketua jabatan/ pusat tanggungjawab (PTJ) diminta untuk melakukan pemantauan dan kawalan sewajarnya terhadap pindaan waktu bekerja ini agar tidak disalah guna atau berlakunya ketidakjujuran dalam kalangan staf.
Sekian harap maklum dan terima kasih.
Pekeliling Pentadbiran UTM Kuala Lumpur Bil. 1/2016 boleh dimuat turun melalui: http://registrar.utm.my/kualalumpur/files/2016/06/Pindaan-Waktu-Bekerja-Ramadhan.pdf
—
MOHD NAJIB BIN MASROOM
Penolong Pendaftar Kanan (Pentadbiran)
Pejabat Pendaftar