Assalamualaikum w.b.t & Selamat Sejahtera
YBhg Prof/Dato’/Datin /Dr./Saudara
Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Program Senamrobik UTMKL Bil. 1/2018 akan diadakan pada ketetapan berikut:
Tarikh : 24 Januari 2018 (Rabu)
Masa : 7.45 pagi – 8.45 pagi
Tempat : Dataran MJIIT, UTMKL
3. Bagi Program Senamrobik tahun 2018 ini, terdapat 2 anugerah yang akan diberikan iaitu :
i. PTJ paling aktif
ii. Kehadiran individu 100% sepanjang program dijalankan sehingga akhir tahun
4. Sebagai makluman, kehadiran tuan/puan akan direkodkan dalam UTMSmile. Oleh itu marilah bersama-sama memeriahkan program gaya hidup sihat ini.
Sekian, terima kasih.
Pejabat Pendaftar
UTM Kuala Lumpur
Jalan Sultan Yahya Petra
54100 W.P Kuala Lumpur |