oleh Prof Madya Dr. Farawahida Binti Mohd Yusof
CFiRST
27.05.2016
Persiapan untuk Ramadhan agar kita dapat yang lebih baik ialah sepertimana kita bersedia untuk menyambut tetamu. Di antaranya ialah:
- Hias Rumah – Khususkan Ramadhan untuk beribadah. Oleh itu, kemaslah rumah sebelum masuk Ramadhan untuk menerima tetamu Agung.
- Hias mental dan fizikal – Bagi wanita, tukarlah telekung selalu kerana kita ingin bertemu Allah. Dari segi mentalnya, kita ingin meraih taqwa dalam bulan Ramadhan. Taqwa ialah tahap yang paling tinggi dalam agama.
Bila disebut nama Allah, kita tidak gementar – betapa lemahnya ketaqwaan kita.
Jika ingin tahu tahap taqwa kita, kita tidak akan buat maksiat langsung kerana takutnya kita kepada Allah.
Pelihara nama-nama Allah agar rasa kebersamaan dengan Allah. Nama Allah akan memelihara kita daripada melakukan maksiat.
Kenapa kita perlu lihat anak bulan?
Bulan Qamariah bermula dari Muharram hingga Zulhijjah.
Bulan Qamariah kurang 10 hari dari bulan Syamsiah. Oleh itu kita dapa merasa semua musim di bulan Ramadhan. Tidaklah sesuatu penduduk itu hanya puasa di musim panas atau di musim sejuk sahaja. Ini ialah keadilan Allah swt.
Beza puasa umat Musa dan Esa:
- Waktu berpuasa
- Syariat tidak boleh ditambah. Umat Nasara diwajibkan berpuasa sebulan. Tetapi pendita mereka menambah bilangan tersebut. Contoh, seorang pendita yang sakit bernazar untuk tambah 10 hari berpuasa jika sembuh.
War-warkan kedatangan Ramadhan dengan:
- Banyakkan bersabar
- Meraih ganjaran Allah kerana syurga Allah adalah disebabkan oleh rahmat Allah
- Berbelas ehsan pada orang lain
- Mengingatkan keistimewaan Ramadhan kepada sahabat dan keluarga.
Persediaan menyambut Ramadhan:
- Berdoa untuk bertemu Ramadhan. Tulis siap2 doa yang ingin kita buat.
- Siapakah kita kalau tidak terasa ujub dan sombong dalam kehidupan kita. Oleh itu kita hendaklah sentiasa bertaubat dan berdoa agar Allah terima taubat kita.
- Perlu ada ilmu untuk menyambut Ramadhan. Tidak boleh ikut-ikutan. Kalau tidak berguru, syaitan akan kacau.
- Ilmu adalah motivasi untuk beribadah.
- Banyakkan bersedekah, memberi salam dan menyambung siratulrahim kerana ini memanjangkan umur dan mendapat keberkatan usia. Di antara tanda akhir zaman ialah orang kurang memberi salam.
- Persediaan mental – Bulan untuk beribadah. Kurangkan makan. Doa agar diberi kesihatan. Mohon keberkatan usia, rezeki dan amalan.
- Persediaan fizikal – sambut Ramadhan dengan rumah yang bersih.
- Wujudkan Bi’ah – suasana Ramadhan. Ajak anak-anak baca Quran, hadith dan solat berjemaah.
- Mulakan bertahajjud sebelum Ramadhan.
- Maafkan orang.
- Kengkang nafsu.
- Hidupkan malam-malam Ramadhan.
- Cari lailatul qadar dari Ramadhan yang pertama.
- Doa agar dapat menunaikan haji.
Perancangan menyambut Ramadhan:
- Bagi wanita, sediakan mehrab untuk beribadat di rumah.
- Allah tunggu hambanya datang berpakaian cantik.
- Susun jadual anak2 supaya rumah2 kita hidup.
- Doa mendapat jiran yang baik.
- Untuk berubah, kita perlukan sokongan daripada sahabat dan keluarga
Erti Ramadhan:
Apabila berpuasa kita berasa panas dalaman dan luaran.
Panas dalaman inilah yang merisaukan. Manusia sentiasa dipengaruhi syaita dan nafsu. Selepas beseru kepada kebenaran, kita perlu terus bersabar. Bila dalaman kita panas, kita senang buat dosa dan senang melenting.
Persediaan menyambut Ramadhan dengan Al Quran:
Khatam Al Quran dan tadabbur Al Quran.
Bila kita solat, kita bercakap dengan Allah.
Bila kita baca Al Quran, Allah sedang bercakap dengan kita. Ini akan membuat kita takut untuk buat maksiat.
Keistimewaan Ramadhan:
- Penghapus dosa.
- Bila berdoa kita mengharap dengan cemas doa kita dimakbulkan. Doa ialah jantung ibadah. Doa sungguh-sungguh – focus. Berdoalah terutama pada 1/3 malam terakhir.
5 perkara umat Muhammad dapat:
- Allah melihat umat Muhammad. Nescaya tidak diazab selama-lamanya.
- Bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi dari kasturi di sisi Allah.
- Malaikat memohon ampun sepanjang hari dan malam untuk kita. 5 minit sebelum azan maghrib dan subuh adalah waktu mustajab untuk kita berdoa.
- Allah menyuruh syurga untuk bersiap menerima tetamu-tetamunya.
- Upah Ramadhan pada malam terakhir.
Lailatul Qadar:
- Doa untuk bertemu lailatul qadar untuk beribadah.
- Minta untuk setahun akan datang.
- Sujud syukur dalam solat.
Kesan Ramadhan:
- Ahli syurga
- Pertahankan aqidah
- Menjadi orang yang cintakan Rasul
- Cinta saudara-saudara kita
- Banyak berinfak
- Hebat akhlaknya
- Hebat ibadahnya
- Hebat berjuang
- Meningkatkan amalan
Akhir sekali, bagi yang datang haid semasa Ramadhan:
- Banyakkan berzikir
- Banyakkan bersedekah
- Beri makan orang berbuka
Terawikh itu berehat-rehat. Bai’ah dengan suami supaya tidak banyak masa terbuang untuk persediaan makanan dan mengemas.
Galakkan suami ke masjid.
Allahu a’lam