SIRI MESEJ INTEGRITI 4 : JOM JADI POSITIF!

Berikut adalah 10 tips berfikiran positif yang boleh memberikan anda nafas baru untuk anda meneruskan urusan dalam hidup.
1. Kenalpasti pemikiran negatif yang ada dalam diri sebelum ia menjadi akar umbi. Jika anda rasa mood anda kembali suram, berhentilah daripada berfikiran tentangnya sebelum anda tunduk kepada mereka. Kawal emosi anda, jangan biarkan emosi mengawal anda., 
 
2. Berkawanlah dengan orang yang berfikiran positif. Secara tidak langsung, anda juga akan berfikiran positif! 
 
3. Orang yang berfikiran negatif boleh menjangkiti orang lain. Jadi, jauhkanlah diri anda daripada orang yang selalu berfikiran negatif, 
 
4. Bersenam dan makan makanan seimbang. Jika anda nampak hebat dari segi LUARAN, sudah tentu dalamannya juga hebat dan bagus, 
 
5. Rajinkan diri untuk mengemas dan menyusun barang – barang anda. Anda perlu dikelilingi barang – barang yang anda suka dan membuatkan anda rasa hebat. Contohnya gambar keluarga, buku kegemaran, gambar seni dan apa sahaja yang bermakna buat diri anda, 
 
6. Jika ada seseorang memberitahu bahawa ANDA TIDAK BOLEH MELAKUKAN SESUATU, maka ambillah ia sebagai cabaranuntuk anda membuktikan bahawa anda boleh melakukannya. Jika anda berjaya menunjukkan pada mereka bahawa ia boleh dibuat, anda mungkin menjadi inspirasi atas kejayaan tersebut, 
 
7. Apabila anda merasa kecewa dengan kehidupan anda atas segala nasib malang yang menimpa, anda harus mengingatkan diri bahawa semua ini adalah DUGAAN daripada Tuhan yang menguji kita. Yakin bahawa pasti ada HIKMAH di sebalik setiap apa yang berlaku, 
 
8. Jadilah sukarelawan dengan melibatkan diri dengan kerja – kerja kebajikan. Keadaan ini akan menyedarkan kita bahawa ada manusia lain yang hidup dengan beban dan masalah yang lebih besar daripada kita, dan mereka mampu menempuhinya. Ini akan menyebabkan anda TERKESAN DARI SEGI EMOSIONAL DAN KEROHANIAN, ketika membantu mereka, 
 
9. Belajar untuk menghilangkan tekanan. Masalah yang kecil akan kelihatan sangat besar jika anda selalu dalam keadaan tertekan. Dengan itu, jauhkan diri anda dari tekanan dan hadapi setiap situasi dengan fikiran yang tenang, dan tips terakhir, 
 
10. Teruskan berfikiran positif. Memulakannya adalah mudah, namun mengekalkannya adalah cabaran untuk anda. Jadikan ia TABIAT anda untuk sentiasa berfikiran positif sehingga ia menjadi sebahagian daripada hidup anda.
 
Oleh itu, diharapkan 10 tips ini dapat anda manfaatkan, supaya kita sama – sama lebih berjaya dan mencapai kesihatan dalam minda.  
 
Sekian, terima kasih. 
MORAL : Anda adalah apa yang anda fikirkan. Justeru, jangan biarkan persekitaran mempengaruhi hidup anda, namun anda yang perlu mempengaruhi persekitaran.Jadi,Jom Jadi Positif!
RAIHAN BINTI ABD KARIM 
Pegawai Integriti /Certified Integrity Officer (CeIO)
UTM Pejabat Penasihat Undang-Undang / UTM Chambers of The Legal Adviser
Sultan Ibrahim Chancellery Building
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
81310 UTM Skudai
Johor Darul Ta’zim
MALAYSIA.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *