SIRI MESEJ INTEGRITI 8 : PRINSIP ETIKA KERJA

Siri Mesej Integriti pada kali ini, ingin berkongsi dan mengimbas semula ingatan semua berkenaan Prinsip Etika Kerja warga UTM.
Sebagaimana yang semua maklum, di UTM, kita disediakan dengan Kod Etika Profesional dan Akademik Universiti Teknologi Malaysia sebagai salah satu rujukan utama, dalam menjelaskan etika yang perlu dipatuhi oleh setiap warganya.
Justeru, bagi mengingati semula berkenaan prinsip etika ini, mari kita sama – sama ruangkan sedikit masa, dan meneliti semula Prinsip yang dijelaskan dalam perkara 3.0 Kod Etikaini. 
Kod Etika UTM adalah berasaskan kepada prinsip – prinsip berikut :
3.1 Benar 
Semua staf menjalankan tugas mengikut prinsip – prinsip kebenaran.
Contoh : Kita perlu menjalankan tugas dengan jelas dan mengikut prosedur yang sebenar, supaya kerja yang dihasilkan adalah sebagaimana yang diharapkan.
3.2 Kejujuran dan Amanah (Integriti) 
Warga Universiti mengamalkan budaya integriti terbaik/tertinggi dalam menjalankan tugas setiap hari.
Contoh : Setiap warga UTM tidak seharusnya bertolak ansur dalam melakukan sesuatu perkara yang jelas dilarang semasa sedang bertugas, seperti mengamalkan rasuah atau mengular.
3.3 Ketelusan 
Memberi penekanan kepada penghayatan amalan terbaik (best practices) dalam semua aspek kerja.
Contoh : Sebagaimana yang selalu dilaksanakan, warga UTM dilihat mengambil benchmarking untuk sentiasa terkehadapan dalam menjalankan fungsi dan tugasnya, seperti membuat lawatan kerja,  sesi perkongsian ilmu dan program – program usahasama.
3.4 Bijaksana (Hikmah) 
Wujud keseimbangan di antara kehendak perundangan dan pertimbangan kemanusiaan dengan mengambil kira keperluan dan kepentingan semua pihak.
Contoh : Kadang – kala, semasa kita ditugaskan untuk membuat keputusan bagi sesuatu perkara, jangan kita terlalu rigid sehingga menyebabkan, pertimbangan akal sedar tidak diambil kira, perlu wujud garis sempadan antara praktis dan prosedur.
3.5 Adil dan Saksama 
Semua keputusan dibuat berdasarkan peraturan undang – undang dengan berani tanpa pilih kasih atau dipengaruhi oleh mana – mana pihak.
Contoh : Apabila wujud pegawai yang tidak mematuhi peraturan sedia ada di kalangan kita, tindakan yang sewajarnya perlu dikenakan sebagai memberi pengajaran kepada beliau.
Perlu jelas difahami oleh semua bahawa dinyatakan di bawah perkara 11 Kod Etika, perlanggaran kepada Kod Etika ini tidak menghalang Universiti untuk mengambil tindakan tatatertib terhadap pegawai di bawah Akta Badan – Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000.
Semoga ingatan semula kod etika ini berguna untuk semua.
Sekian, terima kasih kerana meluangkan masa anda membaca mesej ini.
 
Mutiara Kata : Tanda seorang hamba semakin dekat dengan  Allah ialah semakin baik tutur katanya – Ibnu Al Jauzi.  

RAIHAN BINTI ABD KARIM 
Pegawai Integriti /Certified Integrity Officer (CeIO)
UTM Pejabat Penasihat Undang-Undang / UTM Chambers of The Legal Adviser
Sultan Ibrahim Chancellery Building
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
81310 UTM Skudai
Johor Darul Ta’zim
MALAYSIA.