Sistem iHadir

Saudara,

Berhubung dengan pemakluman penggunaan sistem iHadir yang akan bermula pada 4 April 2018, adalah dijelaskan bahawa :

1. Sistem iHadir akan memulakan operasinya bermula waktu hadir ke pejabat pada 4 April 2018 (Rabu).

2. Paparan sistem iHadir melalui link ihadir.utm.my juga akan dipaparkan mulai 4 April 2018 (Rabu). Untuk makluman buat masa sekarang, paparan link tersebut menunjukkan sistem yang berbeza dan dummy kepada sistem iHadir.

3. Bagi penggunaan Sistem Kehadiran SMIS juga akan diteruskan penggunaannya bersama-sama dengan sistem iHadir. Walaubagaimanapun, Sistem Kehadiran SMIS di dalam perancangan untuk ditutup selepas sistem iHadir dapat beroperasi sepenuhnya dan penutupan Sistem Kehadiran SMIS ini dijangka akan berlaku mulai 22 April 2018.

Sehubungan itu, diharapkan perkara ini dapat memberikan pencerahan yang jelas dan penambahbaikan berterusan akan terus dilaksanakan demi kesejahteraan menjalankan tugas seluruh warga UTM.

Sekian, terima kasih.

Human Resource Division/ Bahagian Sumber Manusia

Registrar Office/ Pejabat Pendaftar

Universiti Teknologi Malaysia
81310 UTM Johor Bahru, Malaysia