Soal Selidik Laman Web Pejabat Pendaftar 2015

Pejabat Pendaftar telah berusaha mengemaskini laman web pada tahun 2015 bagi memudahkan capaian informasi yang berkaitan dengan pejabat ini.

Proses mengemaskini dan laman web Pejabat Pendaftar telah dimulakan pada awal Januari lalu dan ianya masih terus dikemaskini untuk memberikan informasi terkini.

Bagi mengukur tahap perubahan yang telah dilakukan terhadap laman web ini, pihak Jawatankuasa Laman Web Pejabat Pendaftar melancarkan Soal selidik laman web Pejabat Pendaftar 2015 yang boleh dicapai melalui capaian berikut:

SOAL SELIDIK LAMAN WEB PEJABAT PENDAFTAR 2015

Capaian ini akan dibuka mulai 15 Disember 2015 sehingga 31 Disember 2015.

Kerjasama dan sokongan semua pelayar laman web Pejabat Pendaftar adalah amat diharapkan agar soalselidik ini dapat mencapai objektifnya.

Kerjasama semua dalam menjawab soal selidik tersebut diucapkan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *